KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan membenarkan poster serta biodata calon bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disiarkan menerusi platform media arus perdana adalah selari dengan pendekatan politik yang dinamik iaitu berubah mengikut situasi dan masa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata dalam konteks sekarang, jika perkara itu tidak berlaku, pemberitaan dalam media sosial akan tetap 'berjalan' dan rakyat khususnya pengundi di Melaka juga mahu melihat pembaharuan tersebut berlaku dalam PRN kali ini.
"Sekiranya kita (kerajaan) yang baik, kita tidak harus mempunyai sebarang rasa kekurangan atau merasakan (perlu) membina tembok yang tinggi antara kerajaan dan pembangkang, pendekatan masa ini ialah rakyat boleh membandingkan antara perkara yang baik dan tidak baik secara lebih matang sifatnya.
"Jadi kita tidak perlu takut untuk memberi ruang yang cukup dalam proses menyemarakkan demokrasi supaya akhirnya yang terbaik akan dipilih oleh rakyat walaupun (pelaksanaan) sudah lama diperkatakan, ia bergantung kepada soal tekad, keinginan dan keyakinan politik untuk melakukannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan 'Bicara Khas : Politik Matang, Persaingan Sihat, Komunikasi Hebat' menerusi TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.
Sebelum ini, Annuar dilaporkan berkata kerajaan membenarkan RTM menyiarkan poster dan biodata calon selepas mengambil kira kesulitan mereka berkempen selain pengundi yang kurang mengenali individu yang bertanding.
Beliau berkata kerajaan juga memberi ruang kepada calon PRN Melaka untuk menyatakan aspirasi masing-masing melalui saluran radio MelakaFM bagi membantu mereka berkempen melalui siaran rasmi kerajaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt selepas empat ahlinya menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri.
Mengulas perancangan liputan pilihan raya pada masa akan datang termasuk PRN Sarawak dan di peringkat nasional menggunakan siaran arus perdana bagi calon berkempen, Annuar berkata beliau akan melihat opsyen tertentu bagi mewujudkan saluran digital secara khusus.
"Tidak dinafikan sebenarnya ada masalah tertentu untuk melakukan perkara sebegini kerana dalam siaran TV, sudah ada program yang komited dan masa tayang sangat terbatas, tidak boleh diubah-ubah secara ad hoc dan ada kosnya.
"Namun memandang ke hadapan dengan perkembangan teknologi, barangkali kita boleh melihat opsyen lain seperti aplikasi myklik RTM boleh sahaja diwujudkan saluran digital yang boleh dedikasikan untuk pilihan raya sebagaimana dilakukan baru-baru ini untuk Sukan Olimpik, yang ada saluran tertentu untuk siar segala peristiwa yang berlangsung pada sukan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Annuar berkata dalam konteks sekarang, jika perkara itu tidak berlaku, pemberitaan dalam media sosial akan tetap 'berjalan'. - Foto fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.