KUALA LUMPUR: Kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung pada bulan depan.
Namun begitu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis tidak menolak kemungkinan kerjasama tersebut mungkin wujud selepas keputusan pengundian sudah diperolehi.
Menurutnya, berdasarkan situasi semasa, beliau menjangkakan tiada mana-mana parti yang mampu membentuk kerajaan usai PRN Melaka kerana adanya perpecahan undi melainkan pengundi Melaka membuktikan sebaliknya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: Penamaan 8 Nov, pengundian 20 Nov - SPR
BACA: PRN Melaka: 'PH mungkin menang besar jika...' - Penganalisis politik
BACA: PRN Melaka: SPR nafi vaksinasi lengkap syarat mengundi
“Kalau kita kata selepas itu berlaku (kerjasama PN dan BN), tiada masalah untuk saya menyaksikan pembentukan kerajaan negeri kepada PN dan barangkali ia menyelesaikan masalah yang dicetuskan empat pemimpin yang bertukar arah.
“Walaupun saya rasa kemungkinan PN dan BN akan bergerak bersama dalam konteks PRN Melaka itu agak sukar.
“Tetapi sebagai penganalisis, kalau dilihat kepada kemampuan PN untuk kompromi dan bergabung terutama antara Pas dan Bersatu, barangkali ia mampu membuahkan hasil,” katanya ketika bersiaran secara langsung dalam Buletin AWANI Khas pada Selasa.
Tambahnya, meskipun agak sukar buat dua parti tersebut menyaingi UMNO namun mengambil kira keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pas dan Bersatu dilihat mampu menjejaskan undi dan majoriti dimenangi.
Dalam pada itu, Mujibu menjangkakan wujudnya persaingan tiga penjuru atau lebih jika mengambil kira komitmen disuarakan parti-parti sebelum ini termasuk Bersatu yang menyatakan ingin bertanding secara bersendirian di Melaka.
Menjadikan Masjid Tanah - kawasan majoriti Melayu - sebagai contoh, beliau tidak menolak mungkin berlakunya kejutan di kawasan yang boleh dikatakan kawasan selamat untuk UMNO itu.
“Kalaulah kita kata ada 10,000 pengundi, setiap parti boleh dapat 2,000 undi maka margin kemenangan itu akan ditentukan pengundi atas pagar.
“Ia sudah tentu mampu membuat keputusan yang mengejutkan pada PRN nanti walaupun kita bercakap tentang kawasan selamat di Masjid Tanah, kawasan yang kita kata, ini adalah majoriti orang Melayu tinggi di sana,” ujarnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah pada 8 November manakala tarikh mengundi pula pada 20 November depan.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang media pada Isnin.
“Tarikh-tarikh PRN DUN Melaka ke-15 seperti berikut, tarikh writ pilihan raya pada 18 Oktober (Isnin), tarikh penamaan calon pada 8 November (Isnin), tarikh mengundi awal pada 16 November (Selasa), tarikh mengundi pula pada 20 November 2021 (Sabtu),” jelasnya.
Jelasnya lagi, sebanyak 28 pengurus pilihan raya dilantik dibantu 80 Penolong Pegawai Pengurus.
Ridauddin Daud
Tue Oct 19 2021
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah pada 8 November manakala tarikh mengundi pula pada 20 November depan. - Gambar fail
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House
Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai "bencana" dan "penipuan" yang merugikan AS.
Presiden Mulino tolak kenyataan Trump tentang Terusan Panama
Presiden Mulino menolak kenyataan Presiden Donald Trump yang mendesak pemulangan semula Terusan Panama kepada Amerika Syarikat.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.