MELAKA: Pertembungan rakan sekutu yang membentuk kerajaan pusat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini menjadi medan buat Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguji kemampuan masing-masing.
Menyedari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah semakin hampir, BN yang diketuai UMNO berusaha untuk membuktikan parti itu masih mendapat tempat di hati rakyat dan Melaka menjadi medan utama buat parti itu berbuat demikian.
Pendekatan sama digunakan PN ditunjangi Bersatu, yang ingin membuktikan gabungan itu bukanlah gabungan picisan dan boleh mendapat kepercayaan rakyat sepertimana BN.
Pun begitu, langkah yang diambil kedua-dua pihak juga amat dibimbangi ramai pihak kerana boleh membawa risiko besar memandangkan landskap politik negara yang kurang stabil selepas PRU14 memandangkan tiada parti yang merupakan parti dominan.
Pertembungan dalam PRN Melaka juga bukan sahaja menguji hubungan antara BN dan PN, bahkan hubungan antara UMNO dan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) yang telah menyaksikan pelbagai kejayaan ditempa dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU14.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain yang bersetuju PRN berkenaan digunakan bagi menguji kekuatan parti berkata pertembungan itu akan menimbulkan persoalan bagaimanakah corak kempen yang bakal dibawa kedua-dua pihak.
"Adakah kempen mereka akan lebih menjurus kepada mempromosikan kekuatan parti atau pun menjatuhkan blok lain. Itu yang kita nak tahu.
"Saya menjangkakan tindakan seperti ini akan memberi kesan di peringkat Persekutuan dan mereka berkemungkinan akan bergabung selepas pilihan raya untuk membentuk kerajaan sekiranya gagal memperoleh majoriti," katanya kepada Bernama.
Katanya, untuk kelangsungan parti, calon muka baharu dan muda dipertaruhkan pada PRN kali ini bagi menambat hati pengundi selain mahu menonjolkan bahawa parti benar-benar berubah dan responsif terhadap selera dan kehendak rakyat.
Pemerhati politik juga melihat pertembungan berkenaan di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai strategi untuk meyakinkan akar umbi terhadap kemampuan kepimpinan parti dalam merencanakan masa depan dan hala tuju parti.
Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka Shafezah Abdul Wahab berkata pertembungan tiga penjuru khususnya membabitkan UMNO dan Bersatu dilihat sebagai persaingan untuk membuktikan parti Melayu mana yang lebih diyakini rakyat khususnya di Melaka.
"Senario pencalonan PRN Melaka yang membawa kepada pertembungan tiga penjuru ini mungkin akan berlarutan dalam PRU15 apabila tidak wujud pakatan pilihan raya khususnya antara UMNO dan Bersatu. Keputusan PRN Melaka juga akan memberi gambaran sebenar hala tuju Bersatu dan PAS pada PRU15," katanya.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran Universiti Malaya Mohamad Tawfik Yaakub berkata pertembungan itu juga akan membolehkan kedua-dua pihak mengkaji semula keperluan untuk duduk bersama pada masa akan datang.
Pun begitu, PN dan MN menurutnya berkongsi nilai sama iaitu Melayu dan Islam malah dilihat tidak boleh berada di dalam PH kerana bertentangan ideologi yang diperjuangkan.
"Dalam konteks Melaka, saya melihat (mereka) ambil pendekatan pecah dahulu, gabung kemudian.
"UMNO, PAS dan Bersatu sedaya upaya (akan) membentuk kerajaan bersama selepas pilihan raya kerana kuasa politik itu penting untuk parti-parti politik seluruh Malaysia," katanya semasa menjadi tetamu rancangan Liputan Khas Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Melaka terbitan Bernama TV pada Isnin.
SPR menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov.
PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terdiri daripada Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Pemerhati politik juga melihat pertembungan berkenaan di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai strategi untuk meyakinkan akar umbi terhadap kemampuan kepimpinan parti dalam merencanakan masa depan dan hala tuju parti. -Gambar hiasan
Donald Trump Angkat Sumpah Penggal Kedua Sebagai Presiden AS Ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di dalam bangunan Capitol, Washington, hari ini. Disaksikan oleh ratusan ribu penyokong menerusi siaran secara langsung, Trump, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim, John Roberts. #AWANInews
Dua rentung, seorang masih hilang dalam kejadian rumah terbakar di Tongkang Yard
Sebuah rumah kelas A atau jenis kekal di Tongkang Yard, Alor Setar terbakar menyebabkan dua mangsa rentung.
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.