JASIN: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap cabaran veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, seperti yang berlaku di Melaka, bukan sahaja berniat jahat namun tidak berakal.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau tidak akan bertindak bodoh seperti segelintir pemimpin UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan sendiri, dan akhirnya menyebabkan rakyat Melaka terpaksa menanggung risiko COVID-19 akibat PRN.
Katanya lagi, sekiranya beliau selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengarahkan dua ADUN parti itu di Johor untuk menjatuhkan kerajaan, ia adalah satu kerja yang akan membahayakan rakyat.
“Itu niat jahat. Shahrir saya kenal … dia nak macam mana berlaku di Melaka, berlaku di Johor. Inilah dia pemimpin UMNO. Jangan cabar saya. Saya ini Presiden Bersatu, Pengerusi PN. Saya memikir nasib rakyat, itu yang pertama. Dia tak fikir.
“Kalau nak cabar, saya boleh buat. Sekarang juga saya boleh. I can press the button now (beri arahan kepada ADUN Bersatu di Johor). Saya langsung tak takut, tetapi saya fikir (nasib) rakyat Johor, jangan berdepan dengan masalah sebesar ini, seperti di negeri Melaka,” katanya lagi.
Muhyiddin berang dengan tindakan Shahrir, yang mencabar Ahli Parlimen Pagoh itu untuk menjatuhkan Kerajaan Johor pimpinan UMNO-BN, seterusnya mengadakan pilihan raya tergempar.
Shahrir, seperti dipetik portal Malaysiakini berkata, UMNO kini memimpin Johor selepas dua ADUN Bersatu (Datuk Osman Sapian dan Datuk Sahruddin Jamal), dianggap tidak layak untuk mengetuai pentadbiran negeri.
Semalam, Muhyiddin sewaktu berucap di Ceramah PRN Melaka PN berkata, beliau mempunyai pilihan untuk menjadikan Johor senasib dengan Melaka, iaitu menghadapi PRN di kala negara masih berhadapan dengan COVID-19.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN MELAKA DI SINI
Namun, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau enggan bersikap ‘bodoh dan jahat’, semata-mata demi kepentingan politik, tanpa menghiraukan keselamatan dan nyawa rakyat.
BACA: PRN Melaka: 'Kalau saya bodoh dan jahat, Johor akan hadapi PRN macam Melaka' – Muhyiddin
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, orang Johor seharusnya berasa marah dengan kenyataan Shahrir itu, yang dilihat lebih mementingkan kuasa berbanding kesejahteraan penduduk.
“Sorry to say he has lost his bearing. Dia cuma peduli tentang kuasa. Dia kalah pada pilihan raya umum lepas (Parlimen Johor Bahru) … jadi dia marah sebab dia kalah. Kalau nak balas saya boleh buat, tetapi saya kesian dengan rakyat Melaka.
"Takkan saya nak buat negeri saya sendiri, bodohlah saya,” tambahnya.
Firdaus Azil
Fri Nov 12 2021

Muhyiddin berkata, beliau tidak seperti segelintir pemimpin UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan sendiri, dan akhirnya menyebabkan rakyat Melaka terpaksa menanggung risiko COVID-19 akibat PRN. - Foto Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.