KUALA LUMPUR: Sejumlah 89.9 peratus atau 10,390 petugas barisan hadapan terdiri daripada anggota tentera, pasangan mereka dan polis selesai proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak memberitahu, proses pengundian yang bermula pada pukul 8 pagi itu berjalan lancar dengan pematuhan garis panduan pencegahan COVID-19 yang ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 89.9 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab babit 10,390 pengundi - SPR
Dalam pada itu, Ikmalrudin turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak berkuasa tempatan, para media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada SPR.
Prose pengundian awal bagi PRN Melaka sebelum itu ditutup pada pukul 5.30 petang.
PRN Melaka kali ini menyaksikan sejumlah 11,557 pengundi awal berdaftar terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.
Sebelum ini, SPR menetapkan tarikh 8 November sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 16 November.
Manakala tarikh pengundian ditetapkan Sabtu ini (20 Nov).
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Ia susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Umavathi Ramayah
Tue Nov 16 2021

Sejumlah 89.9 peratus atau 10,390 petugas barisan hadapan terdiri daripada tentera, pasangan mereka dan polis selesai proses pengundian awal bagi PRN Melaka. - Gambar BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Bersatu kekal tanding PRK DUN Nenggiri - Muhyiddin
Bersatu akan menghantar calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos depan.

PRK Sg Bakap: Kesepakatan BN, PH pastikan jentera parti berjalan dengan baik
Kesepakatan dan kesepaduan antara BN dengan PH membolehkan jentera parti bergerak dengan baik dalam membantu memastikan kemenangan calon gabungan itu pada PRK DUN Sungai Bakap.

Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal diumum calon PRK Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail, 56, diumumkan sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bulan depan.

PRK Kemaman: Rampas atau status quo? Keputusannya esok
Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) dapat merampas kerusi Parlimen Kemaman atau PAS terus mengekalkan status quo, akan ditentukan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, esok.

Pas calonkan MB Terengganu pertahankan kerusi Parlimen Kemaman
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dinamakan sebagai calon PAS bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli
Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.

PRK Pulai: Pusat pengundian awal Markas PPM Wilayah Dua ditutup
Pusat pengundian awal di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi di sini, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai ditutup pada 5 petang ini.

PRK Pulai: Sebanyak 87 peratus keluar mengundi awal setakat 3 petang
Sebanyak 87 peratus daripada 927 anggota dan pegawai polis telah menunaikan kewajiban mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai, setakat 3 petang hari ini.

PRK Pulai: Calon PH puas hati perjalanan proses undi awal
Calon PH Suhaizan Kaiat berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal PRK Parlimen Pulai yang berlangsung hari ini.

PRN: Cuaca cerah di kebanyakan lokasi pusat pengundian awal pagi ini
Cuaca pagi ini rata-rata dilaporkan cerah dan baik di kebanyakan lokasi pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.