MELAKA: Kurang 48 jam dari sekarang, baki 482,549 daripada jumlah keseluruhan 495,195 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini, dan tiga kerusi 'panas' masih kelihatan samar-samar untuk dimenangi mana-mana pihak.
Tiga kerusi berkenaan membabitkan Tanjung Bidara, Asahan dan Telok Mas, masing-masing ditandingi calon-calon 'berpengaruh' daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Di Tanjung Bidara, tumpuan pastinya terarah kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh daripada BN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN) dan Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH).
Di Asahan pula membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (PH) yang bertukar kerusi dari Sungai Udang, Mohd Noor Salleh (Bebas), Ketua Pemuda UMNO Melaka Fairul Nizam Roslan (BN), Azmar Ab Hamid @ Sha'aim (Bebas), B. Dhanesh (PN) dan Mohd Akhir Ayob (Bebas).
Telok Mas pula melibatkan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN), Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas), Ashraf Mukhlis Minghat (PH) dan Ketua UMNO bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN).
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata beliau melihat Ab Rauf, Mas Ermieyati, Idris dan Mohd Rafiq, ketika ini, mendapat sokongan yang seimbang dengan calon lawan yang ditandingi mereka di kerusi masing-masing berdasarkan beberapa faktor.
"Di Tanjung Bidara, Ab Rauf dan Mas Ermieyati mempunyai pengalaman dari segi pentadbiran dan politik, namun pada masa yang sama mereka juga terpalit dengan sejarah hitam seperti isu lompat parti dan intergriti.
"Idris mungkin mempunyai sokongan pengundi bukan Melayu daripada PH di Asahan namun kematian Ketua UMNO bahagian Alor Gajah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan semalam mungkin meraih undi simpati kepada BN," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Idris, 55, yang menjadi Ketua Menteri Melaka selama lima tahun bermula 2013 adalah anak jati Kampung Relau, Asahan turut pernah menjadi timbalan menteri pengajian tinggi di peringkat persekutuan semasa menjadi Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka.
Mengulas mengenai peluang Mohd Rafiq di Telok Mas pula, Mohd Izani berkata penyandang kerusi berkenaan sebelum ini iaitu Datuk Noor Effandi Ahmad telah membuka ruang kepada Bersatu untuk bertapak di kawasan tersebut selepas menang dengan majoriti 1,288 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Katanya Telok Mas merupakan kubu kuat UMNO sebelum ini namun kemenangan Noor Effandi pada PRU14 juga mungkin disebabkan oleh undi protes daripada rakyat berikutan sentimen negatif diterima UMNO ketika itu berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Mungkin Bersatu meletakkan Mohd Rafiq di Telok Mas agar undi terhadap parti itu kekal namun undi protes dilihat tidak kekal dan boleh berubah berdasarkan sentimen-sentimen semasa ketika tempoh berkempen," katanya.
Ditanya mengenai tiga kerusi panas lain membabitkan Lendu, Sungai Udang dan Bukit Katil yang masing-masing ditandingi bekas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan seorang lagi bekas ketua menteri iaitu Adly Zahari, Mohd Izani berkata mereka bertiga dijangka akan menang mudah di kawasan masing-masing.
Ini kerana katanya pada PRN kali ini merupakan kali ketiga Sulaiman bertanding di Lendu dan mempunyai akar umbi yang kukuh, selain kempennya lebih tertumpu kepada kesinambungan mengenai projek-projek kerajaan negeri yang boleh dilakunnya jika kembali dilantik sebagai ketua menteri.
"Mohamad Ali pula dilihat selesa di Sungai Udang kerana ia sememangnya menjadi kerusi 'fixed deposit' kepada mana-mana parti pemerintah berikutan kewujudan kem tentera di kawasan tersebut. Imbuhan atau insentif yang dibentangkan dalam Bajet 2022 kepada anggota tentera yang memuaskan hati mereka, saya rasa mereka akan beri sokongan kepada calon parti pemerintah," katanya.
Beliau berkata Adly juga mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi Bukit Katil yang dimenanginya pada PRU14 kerana masih mempunyai aura sebagai bekas ketua menteri dari PH selain agresif mendekati pengundi sepanjang tempoh berkempen.
Profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian menjangka peratusan keluar mengundi akan memberi kelebihan masing-masing kepada BN dan PH pada PRN Melaka kali ini.
Beliau berkata ketika ini banyak faktor mempengaruhi peratusan keluar mengundi, antaranya rakyat berpendapat PRN tidak perlu diadakan ketika kerajaan negeri ditumbangkan ketika pandemik COVID-19, pandemik adalah masa kerajaan untuk merakyatkan kepimpinan, undi protes dalam kalangan mereka yang melihat masih ada 'politiking' secara berterusan dan pengundi yang marah dan kecewa dengan situasi semasa negara.
"Saya tak terperanjat sekiranya peratusan keluar mengundi rendah ia memberi kelebihan kepada BN dan jika meningkat mendadak sebagaimana 2018 iaitu hampir 82 peratus ia boleh berpihak kepada PH.
"(Bagaimanapun) dalam konteks ini ia (peratusan keluar mengundi) tidak akan mencapai seperti 2018 ataupun barangkali peratusan jauh lebih rendah melainkan jentera parti keluar beramai-ramai memujuk pengundi supaya tidak memprotes PRN dan keluar menyokong parti (mengundi) sekali gus memastikan proses demokrasi terus terpelihara ," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021

Mohd Izani menjangkakan Sulaiman Md Ali, Mohamad Ali Mohamad dan Adly Zahari akan menang mudah di kawasan masing-masing. - Gambar hiasan/BERNAMA.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.