MELAKA: Tindakan Pas menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini tidak menjejaskan hubungan parti itu dengan UMNO di bawah Muafakat Nasional (MN).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata parti itu sentiasa membuka ruang untuk bekerjasama dengan Pas ke arah mencari kebaikan, perdamaian dan kekuatan ummah bagi penyatuan umat Islam di negara ini.
"UMNO tidak akan memutuskan hubungan dengan Pas. Kita pun tidak tahu apa sebab Pas bertindak sedemikian tetapi kita yakin dan percaya keseluruhan ahli Pas mengharapkan supaya satu titik pertemuan yang baik akan berlaku antara UMNO dan Pas bagi membela umat Islam terutama orang Melayu di dalam negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sistem Pintar Kawalan Trafik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini hari ini.
Semalam, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan parti itu akan menggunakan lambang PN bagi menghadapi PRN Melaka selepas perkara itu diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat semalam.
Mengulas lanjut, Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata tindakan Pas untuk bersama Bersatu di bawah PN dikhuatiri membawa Pas ke arah kegagalan.
Bagaimanapun beliau berkata UMNO Melaka tidak berdukacita dengan tindakan Pas kerana ia telah bersedia untuk menghadapi PRN Melaka bersama parti komponen lain dalam Barisan Nasional.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.
PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli DUN (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Mereka ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021

Mohamad Ali berkata parti itu sentiasa membuka ruang untuk bekerjasama dengan Pas ke arah mencari kebaikan, perdamaian dan kekuatan ummah bagi penyatuan umat Islam di negara ini. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.