MELAKA TENGAH: Sebarang projek tambakan laut di negeri ini tidak seharusnya berlaku sehingga menjejaskan nasib golongan nelayan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, perlu ada jaminan diberikan kepada golongan berkenaan kerana projek seperti itu akan mengancam punca utama mata pencarian mereka.
“Kita dah sebut, tidak boleh ada projek, pasir ke atau penambakan laut ke yang menjejaskan kedudukan nelayan. Kalau dia buat, dia mesti ada jaminan untuk nelayan. Saya tengok di Port Dickson, Hotel Alexis dia extend sedikit (ke kawasan nelayan). Itu dia runding dengan nelayan, ganti rugi dengan nelayan.
“Buat (projek) jeti semua tu kena buat. Tapi kalau kepentingan itu hanya demi keuntungan, (itu menunjukkan) dia tak peduli masalah tempatan,” katanya ringkas ketika ditemui media di Klebang, di sini hari ini.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai luahan golongan nelayan yang tidak mendapat sebarang pampasan daripada projek berkenaan.
Awal tahun ini, kira-kira 300 nelayan di sekitar perairan Tanjung Kling dan Klebang, Melaka semalam menyuarakan keresahan terhadap projek penambakan laut serta pembinaan jeti pelabuhan sepanjang 600 meter di Tanjung Bruas.
Kata mereka, projek berkenaan hanya akan mengakibatkan kawasan penangkapan ikan semakin mengecil selain berlaku pencemaran laut.
Katanya, projek berkenaan akan menjejaskan komuniti nelayan dari empat jeti iaitu Tanjung Kling, Klebang, Balik Bukit, Pantai Kundur dan Sungai Lereh.
Rata-rata nelayan ketika ditemui turut menyuarakan kebimbangan dan kata mereka, kehadiran terlalu banyak kapal berhampiran jeti nelayan menyebabkan pukat milik mereka rosak ketika menangkap ikan.
Dalam pada itu, media melaporkan Calon Ketua Menteri Pakatan Harapan Adly Zahari sebagai berkata, mereka akan mengkaji semula projek berhubung pasir dan tambakan laut yang sedang berjalan, sekiranya PH memenangi PRN Melaka.
“Ini termasuklah mengkaji semula keperluan M-Wez (Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka) kerana projek tersebut turut melibatkan pembangunan di kawasan Selatan Melaka...
“… yang merupakan lokasi perikanan termasuklah penternakan kupang yang menjadi sumber pendapatan para nelayan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Nov 14 2021

Anwar berkata, perlu ada jaminan diberikan kepada golongan berkenaan kerana projek seperti itu akan mengancam punca utama mata pencarian mereka. - Gambar fail/Astro AWANI

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Sarawak terajui peranan tangani perubahan iklim menerusi pembangunan lestari
Sarawak teguh dengan dasar penyahkarbonan dan kelestarian, memainkan peranannya dalam perjuangan memerangi perubahan iklim demi kepentingan umat manusia sejagat.
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.

Projek PSI bermula selepas EMP diluluskan - KM Pulau Pinang
Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di Pulau Pinang hanya akan dimulakan selepas Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Nelayan P. Pinang sebulat suara bantah semua projek tambakan laut
Ia kini pendirian rasmi komuniti nelayan di Pulau Pinang untuk menolak projek tambakan laut yang jelas menjejaskan mata pencarian mereka.

PRN Melaka: Tolong fikirkan nasib nelayan, kata Anwar mengenai projek tambakan laut
Sebarang projek tambakan laut di negeri ini tidak seharusnya berlaku sehingga menjejaskan nasib golongan nelayan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Politik Melaka: SPRM ambil keterangan Idris Haron
SPRM bertemu Idris Haron sekitar dua jam di sebuah lokasi sekitar Melaka Tengah pada petang semalam.

MPFN tidak beri kelulusan projek tebus guna tanah P. Pinang
Khalid berkata, MPFN telah menasihati kerajaan Pulau Pinang melalui 18 nasihat yang digariskan, berserta dengan ulasan dan nasihat-nasihat tambahan daripada beberapa kementerian.

Kerajaan P. Pinang digesa bentang dokumen projek tambakan laut di Gurney
Naib Pengerusi Gerakan negeri Lee Boon Ten berkata kerajaan negeri juga perlu mengubah status dan kontrak kerja penambakan laut berkenaan agar ia boleh didedahkan kepada orang ramai.