PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meletakkan keseluruhan 20 calon untuk bertanding di empat negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Perkara itu disahkan oleh Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas parti berkenaan memuktamadkan senarai calonnya hari ini dengan mengumumkan barisan 10 calon terakhir.
"Ini adalah barisan calon kami, muda dan bertenaga, golongan profesional... 50 peratus adalah wanita," katanya pada sidang media pengumuman calon MUDA di sini hari ini.
Pada majlis itu, MUDA mengumumkan enam calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor iaitu Timbalan Ketua Biro Mahasiswa dalam Jawatankuasa Eksekutif MUDA Selangor Aida Nazeera Abd Rahman yang akan bertanding di kerusi DUN Taman Templer, Timbalan Ketua Parlimen MUDA Bandar Tun Razak Noor Faralisa Redzuan (Pandan Indah) serta ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat iaitu Abe Lim (Bandar Utama).
Selain itu, usahawan T. Kalyana Rajasekaran (Bukit Gasing), Ketua Parlimen MUDA Klang Azad Akhbar Khan (Kota Anggerik) dan Setiausaha MUDA Selangor Zayd Shaukat Ali (Subang Jaya).
Bagi Pulau Pinang, MUDA menamakan Pengerusi Pertubuhan Mendidik Komuniti dan Juruaudit bagi Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Pulau Pinang H. Vikneswary sebagai calon DUN Perai serta peguam Lee Kim Noor (Batu Uban).
MUDA turut menamakan dua calon bagi Negeri Sembilan iaitu Ketua Biro Mobilisasi MUDA Negeri Sembilan Ahmad Qusyairi Abdull Rahman di DUN Temiang dan pempengaruh media sosial Muhammad Noriswan Ishak atau lebih dikenali sebagai 'Dak Ayam Kahau' (Repah).
Dengan pengumuman tersebut, MUDA meletakkan 14 calon di Selangor, tiga di Pulau Pinang, dua di Negeri Sembilan dan seorang di Terengganu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Perkara itu disahkan oleh Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas parti berkenaan memuktamadkan senarai calonnya hari ini dengan mengumumkan barisan 10 calon terakhir. - Gambar fail/BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.

Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja
Seiring peningkatan usia dan perlu menjalani tanggungjawab menjadi dewasa, kadangkala sukar untuk mengekalkan tenaga seperti zaman muda dahulu.

MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.

Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain
Tharma Pillai berharap pemilihan orang muda dan muka baharu sebagai exco kerajaan negeri di Johor akan menjadi ikutan negeri-negeri lain mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor
Exco kerajaan negeri Johor kalangan orang muda yang baharu dilantik akan saling melengkapi dan memberi idea baharu bagi menambahbaik kecekapan pentabiran negeri.

PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi
Anwar telah mengumumkan calon PKR untuk lima kerusi, iaitu Larkin, Kempas, Bukit Batu, Tiram, dan Pasir Raja.

Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggap kerjasama yang terjalin di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukan ancaman.

MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.

Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.

Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pertemuan baru-baru ini bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.