SEMENYIH: Pas Selangor tidak mahu mendabik dada, tetapi yakin mampu memberi saingan sengit sekurang-kurangnya di 14 daripada 17 kerusi yang ditandingi parti Islam itu di negeri ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Ketua Penerangan Pas Selangor, Nushi Mahfodz berkata pihaknya menjangkakan tiga kerusi setakat ini dikategorikan sebagai 'kelabu', tetapi enggan mendedahkan kawasan berkenaan.
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang mewakili Perikatan Nasional (PN) itu juga menyifatkan sambutan masyarakat terhadap gabungan berkenaan semakin baik termasuk di kerusi ditandinginya.
"Alhamdulillah bagi saya sejujurnya kalau melihat kepada riak muka masyarakat, nampaknya pemurnian demokrasi itu berlaku dengan baik.
"Masyarakat hari ini lebih matang dan pengalaman kami kalau sebelum ini, jujur saya kata kadang-kadang nak masuk satu-satu tempat itu sukar sangat tetapi kali ini paling tidak, dibuka pintu dan boleh masuk kampung-kampung dan sebagainya menyebabkan jentera seronok.
"Ibarat kata kalau bahasa nakalnya pilihan raya kali ini macam raya... kami beraya sakan pergi rumah ke rumah, dan orang (pengundi) pun melayan kami dengan sangat baik," katanya kepada Astro AWANI, di sini.
Sementara itu, mengenai misinya di DUN Semenyih, Nushi berkata beliau mendokong agenda dibawa parti untuk memastikan penyatuan ummah dapat diperkasakan.
Selain itu, beliau mahu memberi tumpuan kepada isu pembangunan infrastruktur, memulihara kampung tradisi serta pembangunan modal insan melalui penekanan terhadap aspek pendidikan.
"Saya lihat antara perkara ialah infrastruktur asas. Contoh tentang akses jalan raya di Semenyih dari Beranang sampai ke Kajang, itu bukan benda yang baharu.
"Dalam masa sama juga apabila menyebut tentang pembangunan, kita tak nak pula tiba-tiba ia menyebabkan suasana kampung tradisi yang sangat cantik ini terganggu.
"Pada masa sama sebagai seorang yang berlatar belakangkan pendidikan, sudah tentu ialah pendidikan," tambah beliau.
Mengenai keluhan penduduk berhubung infrastruktur di Pasar Sementara Semenyih pula, Nushi mengakui kelompangan itu berlaku susulan kekangan sumber yang dihadapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Antara cabaran juga Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sendiri terpaksa jaga satu satu daerah yang sangat besar, dengan bilangan jutaan penduduk. Ini bukan benda yang kecil.
"Sebab itu MPKj, ya betul perlu bertindak dengan lebih efisen dan efektif tetapi dalam masa saya percaya perlu ada ruang-ruang sinergi antara kerajaan tempatan dan Persekutuan," ujarnya lagi.
Pada 12 Ogos ini, DUN Semenyih menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Wan Zulaika Anua dan Nushi.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 09 2023
![PRN: Pas Selangor tak mahu dabik dada - Nushi PRN: Pas Selangor tak mahu dabik dada - Nushi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691555673_Nushi.jpg)
Nushi menziarahi penduduk yang terlantar ketika mengadakan kempen pada PRN di kerusi DUN Semenyih. - Foto Astro AWANI
![RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614548_RMHHTA.jpg)
RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
![Tiga cedera, silinder gas meletup Tiga cedera, silinder gas meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614165_Silindergasmeletup.jpg)
Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
![Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607935_RihannaAAPRocky.jpg)
Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![PRN: Pas Selangor tak mahu dabik dada - Nushi PRN: Pas Selangor tak mahu dabik dada - Nushi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691555673_Nushi.jpg)
PRN: Pas Selangor tak mahu dabik dada - Nushi
Nushi Mahfodz berkata pihaknya menjangkakan tiga kerusi setakat ini dikategorikan sebagai 'kelabu', tetapi enggan mendedahkan kawasan berkenaan.
![PN perkenal pra slogan 'Selangor Baharu' hadapi PRN PN perkenal pra slogan 'Selangor Baharu' hadapi PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685071618_SelangorBaharu.jpg)
PN perkenal pra slogan 'Selangor Baharu' hadapi PRN
Roslan berkata, perkara itu telah dibincangkan parti itu dengan rakan komponennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
![Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681284235_SUKSelangor.jpg)
Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak
Kerajaan Selangor sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan dan mengawal keluasan tanah rizab Melayu sedia ada termasuk melakukan pemantauan secara rapi.
![Dakwaan keluasan Tanah Rizab Melayu Selangor menurun adalah fitnah Dakwaan keluasan Tanah Rizab Melayu Selangor menurun adalah fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670407580_JuwairiyaZulkifli.jpg)
Dakwaan keluasan Tanah Rizab Melayu Selangor menurun adalah fitnah
Juwairiya berkata, keluasan tanah rizab Melayu Selangor berjumlah 160,233.86 hektar (395,946.50 ekar) pada tahun 2013.
![Penyebaran bahan promosi LGBT, negara sekular perlu diambil tindakan - Pas Selangor Penyebaran bahan promosi LGBT, negara sekular perlu diambil tindakan - Pas Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678148337_KempenPASPilihanku.jpg)
Penyebaran bahan promosi LGBT, negara sekular perlu diambil tindakan - Pas Selangor
Pas Selangor sambut baik titah Sultan Sharafuddin atas keprihatinan membendung umat Islam daripada budaya songsang LGBT serta konsep negara sekular.
![PRU15: Pas Selangor juga mahu guna logo 'bulan' PRU15: Pas Selangor juga mahu guna logo 'bulan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/81493278717_pasbendera.jpg)
PRU15: Pas Selangor juga mahu guna logo 'bulan'
Pas Selangor menjadi negeri terbaharu mahu bertanding dengan menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
![Pesuruhjaya Pas Selangor hanya dengar titah Sultan Sharafuddin Pesuruhjaya Pas Selangor hanya dengar titah Sultan Sharafuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655387039_AhmadYunusHairi.jpg)
Pesuruhjaya Pas Selangor hanya dengar titah Sultan Sharafuddin
Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Ahmad Yunus Hairi hari ini mengesahkan beliau dititah mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya untuk mendengar titah baginda.
![Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562067258_TeresaKok.jpg)
Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata beliau merasakan difitnah atau diburukkan oleh kata-kata yang terkandung dalam artikel itu.
![Pas kekal dalam kerajaan Selangor hingga bubar DUN Pas kekal dalam kerajaan Selangor hingga bubar DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81494668281_PAS.jpg)
Pas kekal dalam kerajaan Selangor hingga bubar DUN
Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi menegaskan mandat yang diberikan akan diteruskan sehingga DUN dibubarkan.
![Tiada perbincangan di antara Pas dan DAP mengenai kerusi di Selangor - Iskandar Tiada perbincangan di antara Pas dan DAP mengenai kerusi di Selangor - Iskandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439562594_iskandarabdulsamad.jpg)
Tiada perbincangan di antara Pas dan DAP mengenai kerusi di Selangor - Iskandar
Iskandar berkata pihaknya tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan DAP berhubung hasrat DAP ingin bertanding di lapan kerusi DUN milik Pas negeri itu pada PRU akan datang.