KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) Kelantan dijadual mengumumkan senarai penuh 45 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 27 Julai ini.
Setiausaha Perhubungan PN Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata senarai calon untuk PRN Kelantan sudah dimuktamadkan, dengan Pas bertanding di 39 kerusi manakala enam kerusi kepada Bersatu.
Enam calon Bersatu itu akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas (Parlimen Ketereh), Gual Ipoh (Parlimen Tanah Merah), Paloh serta Nenggiri (Parlimen Gua Musang) dan Air Lanas (Parlimen Jeli).
Sementara satu lagi DUN belum ditentukan sama ada Kuala Balah atau Bukit Bunga bagi Parlimen Jeli, katanya pada sidang media di Bangunan Pas Kelantan, di sini hari ini.
Wan Roslan, yang juga Setiausaha Pas Kelantan berkata lokasi pengumuman akan ditentukan dalam masa terdekat, dan 50 peratus calon muka baharu yang akan diketengahkan terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya.
"Semua calon yang bertanding akan menggunakan logo Pas dengan tema Kelantan Maju Rakyat Sejahtera seperti Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bagi calon wanita, kita cuba kekalkan seperti jumlah sedia ada atau lebih sedikit," katanya.
Pada PRU15, Pas mempunyai dua wakil rakyat wanita iaitu ADUN Demit Datuk Mumtaz Md Nawi dan ADUN Tanjong Mas Rohani Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023

Setiausaha Perhubungan PN Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata senarai calon untuk PRN Kelantan sudah dimuktamadkan, dengan PAS bertanding di 39 kerusi manakala enam kerusi kepada Bersatu. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.

PRN: PN Kelantan umum calon 27 Julai
Perikatan Nasional (PN) Kelantan dijadual mengumumkan senarai penuh 45 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 27 Julai ini.

Tiga menteri Kabinet antara 13 Ketua Badan Perhubungan Kawasan PN Kelantan
Tiga menteri Kabinet antara 13 yang baru dilantik sebagai Ketua Badan Perhubungan Kawasan Perikatan Nasional (PN) Kelantan.