GEORGE TOWN: Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau mengesahkan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang akan datang.
Lau berkata beliau berhasrat bertanding di satu daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Seberang Perai.
"Saya akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi selepas pembubaran DUN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Gerakan Pulau Pinang di sini hari ini.
Lau berkata pada PRN yang melibatkan enam negeri tidak lama lagi, parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu hanya akan bertanding di empat negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah.
"Parti Gerakan tidak akan bertanding di Kelantan dan Terengganu kerana semasa Pilihan Raya Umum (PRU15), mereka (PN) menggunakan logo PAS. Kedua, selepas rundingan kerusi, Bersatu dan PAS memainkan peranan yang sangat penting dan juga banyak penyandang di kedua-dua negeri itu.
"Penyandang akan mempunyai keutamaan untuk menjadi calon mewakili PN untuk bertanding. Kebanyakan penyandangnya adalah daripada PAS dan 95 peratus populasi penduduk adalah Melayu dan sebab itulah kedua-dua parti itu memainkan peranan aktif di dua negeri itu (Kelantan dan Terengganu) berbanding Gerakan. Itulah sebab kami tidak mengambil bahagian," katanya.
Selain itu, Lau berkata pembahagian kerusi bagi PRN akan dimuktamadkan antara parti komponen PN pada Rabu depan (22 Jun) bertempat Ibu Pejabat PN di Kuala Lumpur.
Pulau Pinang memiliki 40 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan memenangi 37 kerusi termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersamanya manakala Barisan Nasional memenangi dua kerusi dan PAS satu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow dilaporkan berkata kerajaan negeri bercadang membubarkan DUN Pulau Pinang pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Lau berkata beliau berhasrat bertanding di satu daripada kerusi DUN di kawasan Seberang Perai. -Gambar fail/Bernama

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.

Calon PM: Gerakan akan rujuk Majlis Tertinggi
Perdebatan isu berkaitan pemilihan calon Perdana Menteri dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) akan dirujuk dan dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada 9 Disember hadapan.

PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.

PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.

PRN: PN Pulau Pinang umum manifesto dengan 33 tawaran
Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang melancarkan manifesto dengan lapan teras dan 33 tawaran untuk rakyat negeri itu.

PRN: Isu Dominic, Pas Pulau Pinang akan bincang dengan ahli
Pas Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan ahli parti itu berhubung isu pencalonan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

PRN: PN beri jaminan batal projek tambak laut jika rampas Pulau Pinang
Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) tidak akan diteruskan sekiranya Perikatan Nasional (PN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

PRN: Pas mohon maaf insiden Dominic 'dihalau'
Pas memohon maaf dan merakamkan rasa kurang selesa berhubung insiden yang membabitkan Dominic yang didakwa 'dihalau' ketika Ceramah Mega PN.

PRN: Dihalau dari ceramah PN, Dominic tak kecil hati
Dominic Lau tidak berkecil hati terhadap insiden yang menimpa dirinya itu selepas dihalau daripada menghadiri ceramah mega Perikatan Nasional (PN) di Permatang Sungai Dua.

PRN: Dominic akui berlaku salah faham dalam PN Pulau Pinang
Dominic Lau Hoe Chai mengakui berlaku salah faham antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, namun akan diselesaikan secara baik dalam masa terdekat.