GEORGE TOWN: Parti Rakyat Malaysia (PRM) setakat ini mengenal pasti tiga calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Timbalan Presidennya Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata mereka ialah Ketua PRM Pulau Pinang Teh Yee Cheu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).
"PRM akan bertanding di 10 hingga 15 kerusi... jadi kita sedang memuktamadkan calon yang mempunyai kualiti. Kita kekal fokus terhadap tiga kerusi ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata kerusi DUN lain yang dirancang ditandingi PRM ialah Pulau Tikus, Kebun Bunga, Seri Delima, Sungai Pinang, Air Itam, Teluk Bahang, Bayan Lepas dan Batu Maung serta beberapa kerusi lain di tanah besar.
Katanya PRM juga diharap memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi pada PRN berkenaan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow dilaporkan berkata kerajaan negeri bercadang membubarkan DUN Pulau Pinang pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Pulau Pinang memiliki 40 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan memenangi 37 kerusi termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersamanya manakala Barisan Nasional memenangi dua kerusi dan PAS satu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Mohamad Ezam berkata, PRM juga diharap memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi pada PRN akan datang. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

SPRM tahan reman tiga pegawai Imigresen Perak, ejen pekerja asing disyaki rasuah program PRM
Tiga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Perak dan seorang ejen pekerja asing direman kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah melalui Program Repatriasi Migran.

PRN: Pengundi India tidak lari, cuma tidak puas hati - Ganabatirau
Ganabatirau berkata, tiada keperluan untuk menuding jari, sebaliknya kerajaan Perpaduan perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran hala tuju yang bertunjangkan aspirasi semua kaum.

Benarkan pekerja pulang mengundi - Mustapha
Akta sedia ada menyebut mana-mana majikan yang enggan membenarkan pekerja keluar mengundi boleh didenda sebanyak RM5,000 atau penjara setahun.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

PRU15: Ezam Mohd Nor antara calon PRM
Naib Presiden PRM Ahmad Jufliz Faiza pula mengesahkan beliau akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh.

Kepimpinan Pas pusat bincang PRK Port Dickson hari ini
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka akan membincangkan kewajaran meletakkan calon pada PRK itu.

Parti Rakyat Malaysia tidak gentar cabar Anwar di Port Dickson
Parti Rakyat Malaysia (PRM) tidak gentar untuk mencabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson 13 Oktober ini.

PRM umum tanding satu kerusi Parlimen, tiga Dun di Kedah
Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan bertanding di satu kerusi parlimen dan tiga kerusi Dun di Kedah.

PRM umum tanding 18 kerusi DUN, 4 Parlimen di P. Pinang
Pengumuman dibuat oleh Presiden Parti Rakyat Malaysia, Ariffin Salimon, di Butterworth hari ini.

PH jangka persaingan sengit di Selangor
Ini memandangkan beberapa parti politik iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah menyatakan minat untuk bertanding di beberapa kerusi kawasan bandar.