ALOR SETAR : Nasib golongan pesawah akan menjadi tumpuan utama bagi calon Perikatan Nasional (PN), Muhamad Radhi Mat Din yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu.
Menurut Muhamad Radhi, kawasan berkenaan sebahagian besarnya terdiri daripada kelompok petani yang memerlukan perhatian terutamanya melibatkan isu kelangsungan hidup.
“Antara perkara yang membelenggu golongan pesawah adalah harga padi dan di kawasan ini di mana 70 peratus merupakan golongan petani.
“Jika saya dipilih sebagai wakil rakyat di Alor Mengkudu maka saya akan cuba bantu supaya petani-petani mampu untuk bangkit semula bukan setakat untuk tampung kemiskinan malah cuba untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan mereka,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Muhamad Radhi yang merupakan lagenda bola sepak tanah air akan menggunakan kelebihan tersebut dalam memperkasakan anak muda di kawasan berkenaan.
Menyedari kehidupan sosial anak muda yang sebahagiannya terjerumus dengan aktiviti tidak bermanfaat, beliau menjelaskan, akan menghidupkan aktiviti golongan itu melalui pemerkasaan sukan.
“Kita lihat anak muda banyak terlibat dengan gejala yang tidak sihat jadi dengan profesion yang saya ada, kita akan cuba pupuk suasana baru untuk anak-anak muda supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih bermanfaat,” ujarnya lagi.
Calon yang mewakili PN itu bakal bertemu dengan pesaingnya, Datuk Mahfuz Omar yang juga penyandang bagi DUN Alor Mengkudu.
Pertembungan itu merupakan kali kedua selepas beliau tewas pada peringkat Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) lalu dengan pesaing yang sama.
Radhi kini memegang jawatan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Lada, menjadi calon Pas pada PRU14 namun tewas di Parlimen Pokok Sena.
Hilmi Malik
Sat Aug 05 2023
Menurut Muhamad Radhi, kawasan berkenaan sebahagian besarnya terdiri daripada kelompok petani yang memerlukan perhatian terutamanya melibatkan isu kelangsungan hidup. - Gambar Astro AWANI
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-
Anggota APMM disiasat dan direhatkan
Jelasnya, selepas beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mereka bersetuju agar anggota yang sedang disiasat akan direhatkan.
Siasatan menjurus kepada kes lebih serius
Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan siasatan insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu melibatkan siasatan penyeludupan dadah dan senjata.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
Dua lelaki didakwa bunuh warga emas dan anak angkat di Alor Setar
Dua lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dalam kejadian kebakaran di Alor Setar yang dipercayai bermotifkan dendam.
Penganggur dipercayai bunuh Ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang dipercayai membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di Pangsapuri Seri Orkid, Butterworth pada Jumaat lalu direman selama tujuh hari.
Rasuah RM6 juta: KFA adakan mesyuarat khas
KFA akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi membincangkan isu rasuah yang terpalit dengan persatuan berkenaan.
PRN: Radhi mahu bela nasib golongan pesawah di Alor Mengkudu
Nasib golongan pesawah akan menjadi tumpuan utama bagi calon Perikatan Nasional (PN), Muhamad Radhi Mat Din yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu.
PRN Kedah: Baddrol, Radhi Mat Din sah calon PN di Gurun, Alor Mengkudu
Nama bekas kapten pasukan bola sepak Lang Merah, Baddrol Bakhtiar diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) Kedah.
PRN: Radhi Mat Din, Baddrol Bakhtiar disebut-sebut calon DUN Kedah
Dua ahli akademik bergelar profesor dan sejumlah ulama turut disenarai pendek sebagai calon PRN Kedah.
Pokok Sena padang baru Radhi Mat Din, atau kekal kubu kuat Mahfuz?
Di Parlimen P008 Pokok Sena, pertandingan merebut hati dan mandat rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, boleh dikatakan lebih menjurus ke arah personaliti.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan bakal cabar Mahfuz di Pokok Sena
Radhi, 53 tahun, mendapat perhatian ramai setelah membuat keputusan untuk mula berkecimpung dalam bidang politik malah beriltizam untuk menghapuskan gejala rasuah.
Radhi Mat Din calon Pas hanya strategi yang celaru - Pemuda UMNO Kedah
Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan tindakan itu satu strategi parti pembangkang yang "masih celaru" dan hanya akan menganiayai rakyat.