Sistem Perniagaan Mikro Luar Bandar dan Pelabuhan Darat akan dapat menjamin peningkatan ekonomi masyarakat di Tambunan dan Sabah amnya.
Presiden Parti Solidariti Rakyat (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata hanya melalui inisiatif tersebut ekonomi luar bandar akan meningkat.
"Kita akan minta bantuan dan sokongan dari Kerajaan Pusat dalam usaha kita mahu membangunkan ekonomi kita.
"Kita akan ubah sistem konvensional kepada sistem pemusatan ekonomi tempatan.
"Melalui sistem baharu, Sistem Perniagaan Mikro Luar Bandar atau RMBS, rakyat tidak perlu lagi bergantung kepada penjualan di tamu semata-mata," katanya semasa berucap di Majlis Rapat Umum & Semarak Perikatan Nasional di Dewan Pisompuruan Tambunan.
Majlis dirasmikan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jeffrey yang merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri DUN N.39 Tambunan turut menasihatkan masyarakat luar bandar agar mencontohi kegigihan kaum Tiong Hua yang bijak berniaga.
"Sebelum ini kita makan dan yang lebih kita jual tetapi sekarang apa kata kita ubah.
"Cuba kita contohi masyarakat Tiong Hua, mereka jual dulu hasil tanaman mereka dan lebihan dari jualan baru mereka makan.
"Semua itu perlu dimulakan di Tambunan ini dan untuk melariskan hasil pertanian ini, kita ingin mengusahakan agar wujud Pelabuhan Darat disini.
"Melalui sistem baharu dan pelabuhan itu nanti, baru boleh kita bantu melariskan hasil pertanian dan baru boleh kita bangunkan industri hiliran di Sabah," katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Fri Sep 25 2020

Jeffrey ketika berucap di Majlis Rapat Umum & Semarak Perikatan Nasional di Dewan Pisompuruan Tambunan.
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
Kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Jet Pejuang Filipina Hilang Semasa Operasi ‘Taktikal’
Sebuah jet pejuang FA-50 milik Tentera Udara Filipina (PAF) bersama dua anak kapalnya dilaporkan hilang semasa operasi semalaman selepas berlepas dari sebuah pangkalan berhampiran bandar Cebu, menurut pegawai tentera udara pada Selasa
Lima bidang utama digaris dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan SOCA
Lima bidang utama digariskan dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA).
Festival Makanan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Putrajaya bersedia menjadi hab cita rasa Asia Tenggara dengan penganjuran Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya (PRAFF) 2025 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Mac.
Sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat dalam peringkat perancangan
Sidang kemuncak yang dirancang asean bersama Amerika Syarikat (AS) kini berada dalam peringkat perancangan.
Pengendali kereta api Indonesia lihat peningkatan penumpang
Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan
Manila gantung kelas bersemuka akibat indeks haba tinggi
Kerajaan Manila menggantung kelas bersemuka di semua peringkat bagi sekolah awam dan swasta akibat indeks haba yang tinggi, laporan dari Philippine News Agency.
Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
Dewan perniagaan Phuket menggalakkan sektor swasta menetapkan strategi baharu bagi pembangunan ekonomi dalam menghadapi peningkatan persaingan serantau.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentangkan
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

Kertas Kabinet cadangan wujud Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah telah siap - Jeffrey
Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri akan datang.

Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir
Kerajaan Sabah mengambil langkah jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan kesan segera dan mengelakkan kerosakan lebih teruk akibat banjir yang sedang melanda negeri itu.

STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.

Mohamad Sabu bertemu Menteri Pertanian Sabah esok, bincang penanaman padi skala besar
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Dr J

Raikan Pesta Kaamatan secara bersama seluruh rakyat Malaysia - Jeffrey
Pesta Kaamatan wajar diraikan secara bersama semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan tidak terhad diraikan penduduk Sabah semata-mata.

Air Pasang Merah: Kerajaan Sabah larang sementara semua aktiviti libatkan kerang-kerangan
Kerajaan Sabah mengambil langkah termasuk melarang sementara aktiviti penuaian, penjualan dan memakan kerang-kerangan dari kawasan yang terkesan dengan air pasang merah.

Politik Sabah: Bung Moktar digugurkan dari kabinet
Jawatan Timbalan Ketua Menteri I kini disandang oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Jeffrey Kitingan.

"Kita harap satu hari nanti jawatan PM, TPM dari Sabah dan Sarawak" - Jeffrey
Penambahan 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak merupakan satu pengiktirafan kepada kedua-dua negeri itu yang membantu dalam usaha pembentukan Malaysia.

Gaji ADUN Sabah antara terendah di Malaysia - Jeffrey Kitingan
Kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah disifatkan wajar susulan ia merupakan antara yang terendah di Malaysia.

Jawatankuasa khas Sabah bentang laporan pendataan digital PATI 27 Jun ini
Kerajaan negeri Sabah sedang dalam proses mengumpul data semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.