PALUAN gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 bermula dengan rasminya sebaik tamat proses penamaan calon di seluruh Negeri di Bawah Bayu itu hari ini.
Seramai 447 calon diumumkan bertanding pada PRN Sabah kali ini, satu angka yang cukup besar jika dibandingkan dengan calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) iaitu 252 calon sahaja.
Sebanyak 16 parti bertanding kali ini, baik parti-parti nasional mahu pun tempatan. Selain itu, daripada 447 calon terbabit, seramai 53 calon tampil bertanding atas tiket Bebas.
Jika dicongak, secara keseluruhan, sembilan parti tempatan bertanding pada PRN kali ini antaranya Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI).
Faktor STAR (Parti Solidariti Tanah Airku)
Keberanian parti-parti tempatan ini berkemungkinan disebabkan faktor hilang kepercayaan kepada parti dominan di Sabah - baik Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Warisan Plus itu sendiri.
Dalam ketidakstabilan politik itu, parti-parti tempatan ini muncul dan aktif sebagai kuasa ketiga atau 'third force' yang mahu mencuba nasib menguji sejauh mana kemampuan mereka, seperti peribahasa untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Penganalisis Politik UiTM Sabah, Mohammed Raheezal Shah Abdul Karim, berpendapat parti STAR menjadi faktor lebih banyak parti tempatan tampil memberanikan meletakkan calon.
"Faktor STAR itu dilihat lebih dominan apabila mereka (parti-parti tempatan) ini mahu menjadi 'kingmaker' seperti parti STAR. Hanya bertanding 17 kerusi DUN dan enam Parlimen pada PRU-14 lalu, STAR kini bersama barisan kepimpinan negara.
"Jadi parti-parti tempatan yang selama ini senyap tetapi aktif mula mengorak langkah pada PRN Sabah kali ini. Semuanya atas faktor STAR," katanya kepada Astro AWANI.
Pertandingan 11 penjuru
PRN Sabah kali ini juga sebenarnya mencatatkan sejarah baharu apabila menyaksikan pertembungan sehingga 11 penjuru, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
DUN Bengkoka yang merupakan DUN baharu akan jadi saksi kepada pertembungan unik itu.
"Mungkin inilah masanya untuk calon-calon parti tempatan dan Bebas menjadi wakil rakyat. Ia juga didorong oleh keadaan 'rapuh' parti-parti dominan seperti Gabungan Rakyat Sabah dan Warisan Plus itu sendiri.
"Saya yakin, Bengkoka juga akan menjadi tumpuan pada PRN Sabah kali ini," ujar Penganalisis Politik Sabah Dr Romzi Ationg.
Musa Aman oh Musa Aman
Ciapan Twitter Tan Sri Musa Aman @musahjaman baru-baru ini turut mengundang persepsi bahawa bekas Ketua Menteri Sabah selama 15 tahun itu akan bertanding di DUN baharu Sungai Manila dalam Parlimen Libaran.
Sudah pasti sosok Musa amat ditunggu-tunggu para pengamal media yang berkampung di Dewan Libaran sejak pukul 7.30 pagi bagi proses penamaan calon DUN Gum-Gum, Sungai Sibuga dan Sungai Manila hari ini (12 September 2020).
Bagaimanapun, tidak seperti dijangka kelibat Musa yang dinanti-nantikan sejak awal langsung tidak kelihatan sehingga proses penyerahan kertas pencalonan ditutup kira-kira jam 10 pagi.
Enggan berputus asa, pengamal media cuba meninjau di kediaman Musa yang terletak kurang 200 meter dari Dewan Libaran. Namun, hampa Musa tetap tidak kelihatan, malah kediaman itu sunyi sepi.
Di sebalik PRN Sabah
Faktor ADUN lompat parti dan menyokong Musa Aman adalah pencetus kepada berlakunya PRN Sabah. Adakah rakyat Sabah bersedia dengan PRN ini termasuk dimomokkan dengan manifesto-manifesto dan aku janji parti-parti bertanding?
"Apa yang penting, PRN Sabah kali ini, kerajaan negeri mahupun Persekutuan beri fokus kepada pembangunan infrastruktur di Sabah. Banyak lagi ketinggalan di Sabah ini.
"Macam saya sendiri, peluang pekerjaan di Kinabatangan ini tidak begitu luas. Terpaksa saya dan rakan-rakan keluar dari kampung untuk bekerja," kata anak muda Randie Maksom, 25.
Bukan itu sahaja, menurut kajian Pertubuhan Pengupayaan Masyarakat dan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEEDS), PRN Sabah kali ini adalah soal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan autonomi Sabah itu sendiri.
Royalti minyak mendominasi segala isu selain memberi kuasa penuh kepada Sabah itu sendiri.
Harapan Sabahan
Dengan jumlah calon yang hampir mencecah 500 orang itu, apa yang diharapkan masyarakat tempatan sebenarnya adalah satu tsunami besar berlaku dalam aspek pembangunan, keselamatan, ekonomi, pendidikan dan sosial di Sabah.
Biar 41 kerusi ditandingi BN; Warisan (53), PCS (73) dan PN (29) sekali pun, apa yang penting adalah nasib anak-anak di pedalaman dengan masalah sekolah daif dan kemudahan asas yang tidak mencukupi sejak sekian lama dapat diatasi.
Keperluan asas yang diharapkan bukanlah terlalu istimewa yang amat sukar ditunaikan, sebaliknya membabitkan bekalan air bersih, elektrik dan jajaran jalan raya yang sempurna.
Jangan lagi pandai berjanji namun nanti diam membisu atau berdolak-dalik memberi pelbagai alasan apabila ditanya, termasuklah jawapan standard yang paling popular - tiada bajet, itu harapan rata-rata 'Sabahan'.
Kerajaan baharu yang memerintah selepas hari pengundian pada 26 September ini mempunyai tanggungjawab besar bukan hanya untuk politik Sabah.
Apa yang penting wakil-wakil rakyat ini dapat memacu Sabah dan rakyatnya ke arah satu tahap yang cemerlang sehingga semua pihak memandang tinggi Negeri di Bawah Bayu ini, setinggi Gunung Kinabalu.
Assim Hassan
Sat Sep 12 2020
Seramai 447 calon diumumkan bertanding pada PRN Sabah kali ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
PRN Sabah: Paluan gendang pilihan raya bermula, harapan rakyat setinggi Kinabalu
Paluan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula dengan rasminya. Seramai 447 calon diumumkan bertanding pada PRN Sabah kali ini.