Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengingatkan kepada semua pengundi pos Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul Borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) yang disertakan.
Pengundi pos juga diingatkan agar segera mengembalikannya semula kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5.00 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 26 September 2020 (Sabtu).
Selain itu, pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, SPR memaklumkan telah mengeluarkan sebanyak 19,010 kertas undi pos bagi PRN Sabah ke-16.
Pengeluaran kertas undi pos bermula dari 14 sehingga 16 September 2020 dan dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di semua 73 kawasan DUN.
Kesemua 19,010 undi pos tersebut terdiri daripada 17,288 bagi kategori Borang 1A (petugas pilihan raya), 50 bagi Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara, 78 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan 1,594 kategori Borang 1C (anggota petugas kesihatan dan keselamatan yang dibenarkan).
BACA: Ikuti perkembangan PRN Sabah di sini!
LAPOR LANGSUNG: Momentum kempen berterusan, pengundi sedang menilai
Menurut kenyataan itu lagi, proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.
SPR juga telah menjemput pemerhati-pemerhati yang telah dilantik untuk menyaksikan proses pengeluaran kertas undi pos tersebut.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Sep 17 2020

Pengeluaran kertas undi pos bermula dari 14 sehingga 16 September 2020 dan dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di semua 73 kawasan DUN. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Pemilu 2024: Ekspresi wajah lucu pelawak di kertas undi jadi tular
NAMA pelawak senior Indonesia, Komeng menjadi buah mulut sejak Pemilihan Umum (Pemilu 2024) yang berlangsung 14 Februari lalu.

Pamer kertas undi, Sanusi akan dipanggil rakam keterangan - KPN
Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan berkaitan kejadian tersebut dijalankan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PRN: Tunjuk kertas undi dipangkah adalah salah - KPN
Razarudin berkata, polis akan menjalankan siasatan sekiranya ada pihak tampil membuat laporan polis terhadap kes terbabit.

PRN: "Itu bukan bahan kempen kami" - Calon PH Seberang Jaya
Johari Kassim menafikan cetakan kertas seakan-akan kertas undi yang dikatakan diedarkan di khemah milik PH berhampiran pusat pengundian adalah bahan kempen milik mereka.

PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesalahan itu itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

PRN: Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan
Calon PN Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kesal dengan tindakan pihak lawan yang didakwa mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai.

PRU15: Tular gambar kertas undi, anak muda langgar peraturan demi 'content'?
Ada yang tidak bertanggungjawab, mengambil gambar kertas undi dan memuat naiknya ke laman sosial.

Trump dakwa Demokrat cuba tipu proses pilihan raya presiden
Trump beberapa minggu ini memilih untuk menimbulkan keraguan terhadap sistem pengundian AS, sehingga enggan komited kepada satu pertukaran kuasa secara aman sekiranya beliau kalah.

Lebih separuh calon PRN Sabah hilang deposit
DUN Bengkoka menyaksikan paling ramai calon hilang wang deposit apabila lapan calon memperoleh kurang daripada satu per lapan daripada undian keseluruhan.

PRN Sabah: Pengundi pos jangan tular kertas undi di media sosial - SPR
Pengundi pos diingatkan agar segera mengembalikannya semula kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5.00 petang pada Hari Mengundi.