KOTA KINABALU:Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dengan majoriti 4,631 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada Sabtu.
Bagaimanapun, majoriti bekas Ketua Menteri Sabah itu merosot berbanding 5,909 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.
Pada PRN kali ini, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu memperoleh 6,363 undi mengalahkan pencabar terdekat yang juga anak saudaranya, Norazman Utoh Nain daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 1,732 undi dalam pertandingan lima penjuru.
Calon lain Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) mendapat 61 undi, Madjalis Lais daripada Parti Cinta Sabah (PCS) (51 undi) dan calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Datu Pg Ahmad Datu Ali Alam, (39 undi).
Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew mempertahankan kerusi DUN Api-Api apabila memperoleh 7,796 undi, menewaskan lapan pencabar lain dengan majoriti 5,347.
Pencabar terdekatnya, Datuk Dr Yee Moh Chai daripada Parti Bersatu Sabah meraih 2,449 undi.
Selain Api-Api, PKR juga meletakkan calon di enam lagi kerusi iaitu Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Klias dan Sook, namun semua calon di kerusi terbabit tewas.
Dalam pada itu, Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung mempertahankan kerusi DUN Tanjong Papat dalam persaingan tujuh penjuru dengan memperoleh majoriti 3,743 undi.
Bekas Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah itu memperoleh 5,900 undi menewaskan pencabarnya, Ken Yong daripada PN yang hanya mendapat 2,157 undi.
Lima pencabar lain masing-masing Mohd Yunus Apil (USNO), Chung Yu Seng (PCS), Lam Jin Dak (Parti Liberal Demokratik), Jamal Ali (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) dan Noraini Sulong (Bebas) semua hilang wang deposit.
Pada PRU-14, Poon menang kerusi DUN Tanjong Papat dengan majoriti 1,816 undi mengalahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).
Astro Awani
Sat Sep 26 2020
![PRN Sabah: Shafie Apdal, Christina Liew, Frankie Poon menang PRN Sabah: Shafie Apdal, Christina Liew, Frankie Poon menang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601139468_ShafieApdal.jpg)
Mohd Shafie mempertahankan kerusi DUN Senallang, namun dengan bilangan majoriti merosot. -Gambar fail
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669007947_HajijiMohdNoor.jpg)
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
![PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708011408_DatukLarrySngWei.jpg)
PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah
Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.
![Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733047200_EwonBenedick.jpg)
Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Agung PH Sabah pada Ahad.
![Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731452926_tbArthurJosephKuru.jpg)
Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah
Formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.
![PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731303277_BungMoktar.jpg)
PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
![Parti Impian Sabah umum 52 calon bertanding PRN Sabah Parti Impian Sabah umum 52 calon bertanding PRN Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731287140_tbPartiImpianSabah.jpg)
Parti Impian Sabah umum 52 calon bertanding PRN Sabah
Setakat ini hampir keseluruhan calon disahkan akan bertanding manakala selebihnya akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
![Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727343994_TBArmizan.jpg)
Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).
![PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730797736_PRNSabahKerjasama.jpg)
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
![PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730791194_ZahidHamidi.jpg)
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
![BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730617113_tbZahidHamidiKuch.jpg)
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.