SIBU: Dua bekas pemimpin dan seorang anggota Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini memaklumkan, mereka akan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) pada 18 Dis depan.
Mereka terdiri daripada Datuk Sri Abang Aditajaya Abang Alwi yang merupakan bekas anggota Majlis Presiden PSB dan merangkap Pengerusi PSB Tanjung Manis dan Kuala Rajang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Kuala Rajang.
Manakala dua lagi ialah bekas Timbalan Pengerusi PSB Semop Mohamad Adnan Zulkeffli, bertanding di kerusi N.42 Semop dan anggota PSB Demak Laut Khairul Datuk Ahmat, bertanding di kerusi N.05 Demak Laut.
Perkara itu diumumkan Aditajaya pada pelancaran jentera pilihan raya bagi kerusi N.41 Kuala Rajang, N.42 Semop dan N.05 Demak Laut di sebuah hotel di sini hari ini. Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Mohamad Adnan dan Khairul serta penyokong masing-masing.
Menjelaskan tindakannya keluar dari PSB sebelum ini, Aditajaya berkata mengambil keputusan itu kerana tidak bersetuju dengan terma dan syarat dikenakan PSB berkaitan kempen untuk PRN Sarawak.
Menurutnya, beliau dipaksa menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat peminjam wang untuk membiayai kempen beliau pada pilihan raya nanti, dan surat perletakan jawatannya telah diserah pada presiden PSB pada 18 Nov lalu.
"Atas alasan itu juga saya telah meletakkan jawatan serta menarik diri dari bertanding atas tiket PSB di kerusi N.41 Kuala Rajang," katanya kepada pemberita sambil menambah beliau mempunyai prinsip dan maruah diri serta tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit.
Pada sidang media sama, beliau turut mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru yang terbuka kepada semua kaum di Sarawak dengan nama Parti Barisan Rakyat (BR), dan permohonan pendaftaran akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas PRN nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021

Dua bekas pemimpin dan seorang anggota Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini memaklumkan, mereka akan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) pada 18 Dis depan.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Bekas Presiden PSB dilantik Naib Presiden Kanan PDP - Tiong
Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubar dan ahlinya menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP.

DAP Sarawak perlu main peranan pembangkang lebih aktif - Penganalisis
Kedudukan pembangkang yang terlalu lemah di dalam dewan undangan negeri (DUN) Sarawak akan menyukarkan proses semak dan imbang sekali gus boleh menimbulkan masalah ketidakcekapan pentadbiran.

GPS belum beri 'lampu hijau' untuk ahli PSB sertai PDP
Abang Johari berkata belum ada sebarang mesyuarat gabungan politik itu bagi membincangkan isu ahli PSB menyertai PDP selepas pembubaran PSB.

Deretan empat rumah hangus dalam kebakaran
Keempat-empat buah rumah kelas A itu mengalami kemusnahan lebih 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Pasca PRU15: Lebih 26,000 tandatangan petisyen, gesa MP Sarawak tolak kerjasama dengan PN, Pas
Petisyen yang dilancarkan Parti Sarawak Bersatu itu dimulakan pada Selasa, 22 Nov melalui lawan sesawang change.org .

PRU15: Wong Soon Koh mahu ke Dewan Rakyat, sedia rampas Parlimen Sibu
Jelas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) itu keputusan buat sebagai memenuhi permintaan ahli yang mahu beliau mewakili suara parti itu di Dewan Rakyat.

Chee How perlu letak jawatan sebagai ADUN, bayar ganti rugi kepada PSB - Soon Koh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Sarawak serta-merta, kata Datuk Seri Wong Soon Koh.

PRN Sarawak: Air mata Soon Koh rayu sokongan untuk PSB
Sendu dan air mata mengiringi rayuan terakhir Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Khamis, agar rakyat memberi peluang kepada parti itu.

PRN Sarawak: PSB bukan macam PH, hentikan projek pembangunan jika berkuasa - Koh Kumbong
Projek pembangunan infrastruktur yang sedang rancak dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh akan diteruskan dalam usaha membangunkan kawasan tersebut.