SARIKEI: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien mencuri perhatian apabila hadir ke dua program Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, pada Sabtu.
Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak itu hadir di Majlis Pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Jajaran Seksyen Julau WPC07 di Stadium William Mawan dan Majlis Pecah Tanah Jambatan Nanga Lasi pada sebelah petangnya.
Anak kepada ahli politik veteran Sng Chee Hua dan menantu kepada tokoh korporat terkemuka Sarawak, mendiang Tan Sri Ting Pek Khiing itu bahkan berdiri di belakang Abang Johari ketika sidang media, di sebelah ADUN Pakan. Tan Sri William Mawan Ikom.
Larry bagaimanapun mengelak untuk bercakap tentang politik ketika ditemui media.
Larry mula berjinak dengan politik pada tahun 2001 apabila menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), sebelum menggantikan bapanya bertanding di kerusi Pelagus dalam Pilihan Raya Negeri pada tahun tersebut.
Pada 2011, Larry dilantik sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Perancangan Ekonomi) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Perancangan) Sarawak, sekali gus mencipta rekod sebagai anggota kabinet Sarawak termuda, pada usia 24 tahun.
Rekod sebelumnya dipegang Tun Abdul Taib Mahmud, yang berusia 27 tahun ketika menganggotai kabinet negeri pada 1963.
Larry berada di dalam saf kepimpinan PBDS selama empat tahun, sebelum menyertai Tan Sri Dr James Jemut Masing keluar dari parti tersebut untuk menubuhkan Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada 2004.
Beliau kemudian mengekalkan kerusi DUNnya ketika itu selain terus menjadi anggota kabinet negeri.
Krisis dengan Masing dalam PRS kemudian menyebabkan Larry dan bapanya sekali lagi angkat kaki pada 2007.
Larry menubuhkan Parti Pekerja Sarawak (SWP) pada 2012, namun pada 2017, beliau meninggalkannya, sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2018, susulan kemenangan Pakatan Harapan.
Berikutan krisis kepimpinan dalam PKR, Larry diangkat sebagai Pengerusi PKR Sarawak, selepas Baru Bian dipecat.
Larry bagaimanapun mengumumkan keluar PKR dan kembali sebagai calon Bebas prokerajaan pada 2021.
Afiezul Samit
Sat Nov 20 2021
![PRN Sarawak: Larry Sng hadiri program Abang Jo, cetus tanda tanya PRN Sarawak: Larry Sng hadiri program Abang Jo, cetus tanda tanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637399828_LarrySng.jpg)
Larry Sng mencipta rekod sebagai anggota kabinet Sarawak termuda, pada usia 24 tahun ketika dilantik sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri pada 2011 - Foto Facebook/Larry Sng
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642955643_TBABANGJO.jpg)
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
![Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641612762_DrAnnuarRapaee.jpg)
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
![Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639834796_PresidenPartiRakya.jpg)
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
![Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640854819_TBABGJO.jpg)
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622626386_DrNoorNirwandy.jpg)
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
![Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639902871_KetuaMenteriSarawa.jpg)
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
!['Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari 'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639831966_AbangJohariTunOpe.jpg)
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
![PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639893041_TBgerawat.jpg)
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
![PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639840653_KetuaMenteriSarawa.jpg)
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
![PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639871167_ChongChiengJen.jpg)
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.