KUCHING: Parti Bumi Kenyalang (PBK) mengesahkan 15 calon awal yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Perkara itu diumumkan presidennya, Voon Lee Shan dalam satu kenyataan pada Rabu yang melibatkan kerusi di bahagian Kuching dan pedalaman.
Malah beliau juga mengesahkan dirinya juga akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang.
Antara lain termasuk Chai Kueh Khun (Batu Kawa), Wong Tun Teck (Batu Kitang), Lue Cheng Hing (Kota Sentosa), Raymond Thong (Padungan), Teo Kuang Kim (Pending) dan Atet Dego (Stakan).
Manakala lapan kerusi di luar bandar adalah di Kasim Mana (Balai Ringin), Usop Asun (Batang Ai), Jackie Chiew (Beting Maro), Marcus Kayong (Bukit Begunan), Stel Datu (Engkilili), Baha Iman (Lingga), Wan Chee Wan Mahjar (Sebuyau) dan (Peli Aron) Simanggang.
"Hari ini kita umumkan dahulu 15 calon pertama yang akan bertanding pada PRN12 nanti. Kita menyasarkan untuk bertanding di 26 kerusi DUN Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Dalam kenyataan sama, Lee Shan mendedahkan hanya dua kerusi di Kuching masih belum diisi membabitkan DUN Semariang dan Demak Laut.
Sementara itu senarai calon untuk kerusi di DUN Opar, Tasik Biru, Tanjong Datu, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja diisi oleh majoriti Bidayuh yang mempunyai latar belakang profesional termasuk saintis, jurutera dan pendidik dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Kami yakin dengan visi PBK untuk mencari kebebasan dan kemerdekaan bagi Sarawak daripada Persekutuan Malaysia akan mewujudkan impak yang besar untuk mengubah senario politik Sarawak.
“Kami berharap penyokong kami untuk terus kuat menyokong parti dan menawan kerajaan Sarawak. Hampir semua yang kami temui di lapangan mahu melihat Sarawak bebas dan merdeka daripada Persekutuan Malaysia,” katanya.
PBK turut memohon penyokong untuk membantu parti serta calon dalam penyediaan logistik, tenaga kerja dan dana untuk PRN12.
Munirah Mudzamli
Wed Nov 17 2021
![PRN Sarawak: PBK umumkan 15 calon awal bertanding PRN Sarawak: PBK umumkan 15 calon awal bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637128691_PartiBumiKenyalang.jpg)
Pada PRN12 Sarawak kali ini PBK akan bertanding di 26 kerusi DUN. - Facebook/PBK
![Suami pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua Suami pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739147712_Suaminaikanginpu.jpg)
Suami pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua
Siasatan awal mendapati pelaku naik angin setelah mangsa mengajaknya tinggal di rumah sewa.
![Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739152053_tbAnwarIbrahimJab.jpg)
Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM
Amalan di bulan Ramadan memberikan satu penegasan tentang disiplin, kekuatan rohani, keyakinan dan sifat yang lebih sederhana.
Ketidakpastian dasar perdagangan kesan kepada sentimen pelabur
Perbincangan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan ini akan meneliti mengapa ketidakpastian dasar perdagangan memberi kesan kepada sentimen pelabur, sejauh mana kesannya, dan berapa lama gangguan pasaran ini dijangka berlarutan.
FBM KLCI dijangka antara 1580 - 1600 mata
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan pelabur fokus pada sektor pembinaan, utiliti, dan teknologi berikutan sentimen positif dan perkembangan terkini dalam sektor-sektor tersebut.
Ringgit dijangka diniagakan pada 4.40-4.45 berbanding dolar AS minggu ini
Perkembangan perdagangan dan sentimen risiko yang meluas dijangka mempengaruhi ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.40-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.
![Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739151613_tbSARpelajardikh.jpg)
Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan
Operasi diteruskan jam 8 pagi ini dengan kekuatan enam anggota dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Jitra.
Jangkaan dividen KWSP 2024: Tinggi atau konservatif?
Pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dijangka menerima lebih 5.8 peratus dividen bagi simpanan konvensional tahun lalu, tertinggi dalam tempoh tiga tahun manakal bagi simpanan syariah pula diramalkan antara 5.4 peratus hingga 5.6 peratus. Jumlah akhir dijangka diumumkan oleh KWSP pada awal Mac ini. Bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd,
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid membincangkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar dividen tersebut.
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid membincangkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar dividen tersebut.
AWANI Pagi: CIPTA CITRA IV - Hari Puisi Sedunia 2025
Diskusi bersama dua tetamu, mengenai CIPTA CITRA, yang meraikan edisi keempatnya tahun ini, mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis.
Dividen KWSP dijangka lebih 5.8 peratus
Angka tersebut adalah ‘anggaran selamat’ dan jumlah akhir dijangka diumumkan oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada awal Mac ini.
![Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735001055_tbkemalangan.jpg)
Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.
![PRN Sarawak: PBK umumkan 15 calon awal bertanding PRN Sarawak: PBK umumkan 15 calon awal bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637128691_PartiBumiKenyalang.jpg)
PRN Sarawak: PBK umumkan 15 calon awal bertanding
Parti Bumi Kenyalang (PBK) mengesahkan 15 calon awal yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.