KUCHING: Empat penyandang kerusi bagi kawasan Pantai Damai, Semariang, Tupong dan Demak Laut bakal dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis makan malam bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini pada Sabtu.
Antaranya, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Fazzrudin Abdul Rahman dan Dr Hazland Hipni
“Yang Berhormat saudara Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda yang juga menjaga Hal Ehwal DBKU, Yang Berhormat Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda kita yang juga wakil rakyat di Semariang, yang terus akan menjadi Yang Berhormat, saudara Datuk Hazland dan Fazzrudin InshaAllah..” katanya memberikan bayangan tersebut.
Kesemua penyandang tersebut mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Bagaimanapun sebelum ini Abang Johari memaklumkan senarai akhir yang telah dimuktamadkan akan diumum secara rasmi pada 4 Disember ini.
Dalam pada itu, Abang Johari menekankan keperluan nilai perpaduan dalam membentuk masa depan yang cerah termasuklah dari aspek pembangunan kawasan.
“Alhamdulillah di kawasan DUN di bawah DBKU kita begitu rapat sekali, perpaduan sangat kukuh di semua kawasan DUN di sini maka kita dapat membangun. Dan dengan adanya pendapatan lebih, kita dapat bangunkan kawasan masing-masing di DBKU ini,” tambahnya.
Beliau turut memberi jaminan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memastikan segala perancangan pembangunan kawasan berkenaan akan terus dilaksanakan jika mendapat mandat baharu daripada rakyat.
Fadilah Sulaiman
Sat Nov 27 2021
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis makan malam bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini pada Sabtu.
Bayar balik kos diesel untuk petani dan pesawah yang terbeban
Perdana Menteri berkata program PADU memberi jaminan membayar balik petani dan pesawah yang terbeban dengan kos diesel yang bertambah.#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?
"Jangan dengar dengan sentimen marah, ini penyakit marah"- PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan kenaikkan tarif pada industri dan golongan kaya bukan kepada rakyat.
"Kenaikkan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan kaya tetapi tidak melibatkan 85% rakyat"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Kenaikkan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan kaya tetapi tidak melibatkan 85% rakyat"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kenaikkan kadar elektrik untuk industri akan berlaku mulai Julai
Perdana Menteri menegaskan kenaikkan kadar elektrik untuk industri akan berlaku mulai Julai.
"85% rakyat tidak akan terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"85% rakyat tidak akan terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
RM60 juta bantuan khas Bernas pada pesawah utara terkesan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata bantuan ditambah RM600 setahun kepada
setiap pesawah setelah Kerajaan MADANI memimpin.
"RM60 juta bantuan khas Bernas kepada pesawah-pesawah utara terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
setiap pesawah setelah Kerajaan MADANI memimpin.
"RM60 juta bantuan khas Bernas kepada pesawah-pesawah utara terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.
Chelsea kembali kelompok empat terbaik
Jarrod Bowen memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.
Kerajaan, pembangkang perlu bersatu tangani fitnah dalam talian
Kedua-dua blok perlu berganding bahu mencari penyelesaian terbaik kerana budaya fitnah serta hasutan jika dibiarkan boleh menjejaskan perpaduan.
Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Tertuduh, 53, didakwa merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun pada Oktober 2024.
JDT umum ketibaan 'kereta kebal' baru, Alvaro Gonzalez!
Pemain berusia 25 tahun itu pernah beraksi bersama kelab Real Zaragoza, Espanyol, Villarreal, Marseille dan juga Liga Saudi Pro, Al-Nassr.
PRN Sarawak: Penyandang Pantai Damai, Semariang, Demak Laut, Tupong kekal - Abang Jo
Empat penyandang kerusi bagi kawasan Pantai Damai, Semariang, Tupong dan Demak Laut bakal dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.