SARIKEI: Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga miskin menjadi pendorong kepada penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
Baginya, kesusahan dan keperitahan hidup rakyat perlu sentiasa menjadi keutamaan.
Justeru, anak jati Sarikei itu memilih untuk berbakti tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, meskipun beliau sendiri belum tahu nasibnya dalam dunia politik.
“Saya sendiri terpaksa berkaki ayam ke sekolah sejak kecil dulu. Jadi, saya memberitahu saya sendiri untuk sentiasa ingat membantu orang-orang susah.
“Saya berharap anak-anak kita dapat bersekolah di keadaan yang selesa. Saya juga memahami kehidupan para petani.
“Oleh itu, saya berharap dapat membantu mereka untuk meningkatkan hasil pertanian,” katanya kepada Astro AWANI, di sini.
Mengulas lanjut, Tiong Sii, 52, yang akan bertanding atas tiket Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, isu pendidikan akan menjadi agenda utama jika beliau dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 akan datang.
Jelas beliau, bantuan persekolahan kepada pelajar di kawasan DUN Repok yang disalurkan selama ini mampu meringankan beban golongan kurang berkemampuan.
“Selain itu, saya akan terus berusaha untuk menaiktaraf fasiliti dan kemudahan sekolah-sekolah di N.45 Repok,” tambahnya.
Ditanya mengenai pencalonannya pada PRN ke-12, Tiong Sii berkata beliau menyerahkan kepada keputusan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan Presiden SUPP, Datuk Seri Profesor Dr Sim Kui Hia untuk menentukan calon yang layak.
Pada PRN ke-11, Tiong Sii menang dengan majoriti undi 943 selepas menewaskan dua pencabarnya masing-masing calon DAP, Yong Siew Wei dan Wong Chin King (Bebas).
Untuk rekod, seramai 23,409 pengundi berdaftar di Dun Repok berdasarkan daftar pemilih setakat suku tahun kedua 2021.
Sementara, satu lagi DUN di bawah Parlimen Sarikei ialah Meradong dengan jumlah pengundi berdaftar seramai 18,166.
Hasimi Muhamad
Fri Nov 19 2021
Anak jati Sarikei itu memilih untuk berbakti tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, meskipun beliau sendiri belum tahu nasibnya dalam dunia politik.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.