KUALA LUMPUR: Hanya berbaki dua hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember depan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat mampu memenangi majoriti dua pertiga daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
LAYARI: Dapatkan keputusan terkini Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) di sini
Keyakinan itu disuarakan Penganalisis Sosiopolitik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi menerusi hasil kajian daripada Panel Penyelidikan Rentas Universiti: Sarawak Memilih 2021.
Ujarnya, berdasarkan kajian, sokongan terhadap GPS dilihat meningkat pada fasa kedua berbanding fasa pertama kajian itu.
Manakala berlaku perubahan sokongan juga terhadap parti-parti lain yang bertanding.
"Sokongan terhadap GPS dilihat meningkat sedikit sebanyak 12.3 peratus iaitu daripada 52.5 peratus semasa fasa pertama kepada 64.8 peratus pada fasa kedua.
"Sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) pula dilihat kekal pada 16.5 peratus bagi kedua-dua fasa kajian. Sokongan terhadap Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula menurun sebanyak 10.6 peratus iaitu daripada 26.4 peratus semasa fasa pertama kepada 15.8 peratus pada fasa kedua kajian," jelasnya.
Bagaimanapun tambah Prof Madya Awang Azman, Parti Bumi Kenyalang (PBK) pula mencatatkan peningkatan sokongan sebanyak 0.1 peratus iaitu 0.7 peratus pada fasa kedua berbanding 0.6 peratus fasa pertama PRN dijalankan.
"Sokongan Pas dilihat berkurangan sebanyak 0.2 peratus iaitu 0.6 peratus pada fasa pertama kepada 0.4 peratus pada fasa kedua dan sokongan terhadap calon Bebas dilihat berkurangan sebanyak 1.4 peratus iaitu daripada 3.2 peratus pada fasa pertama kepada 1.8 peratus pada fasa kedua," jelasnya lagi.
Kajian turut mendapati, jumlah peratusan keluar mengundi juga dijangka menurun berbanding 68 peratus pada PRN Sarawak 2016.
Klik untuk dapatkan perkembangan terkini sepanjang kempen PRN Sarawak 2021
Ujar Prof Madya Awang Azman, ia berdasarkan tiga faktor utama iaitu kebimbangan wabak COVID-19, cuaca tidak menentu serta perayaan Krismas dan cuti hujung tahun.
"Kali ini jumlah ini dijangka turun kerana terdapat tiga faktor utama, iaitu faktor kebimbangan wabak COVID-19, waktu cuaca yang kurang menentu pada waktu tengkujuh dan faktor ramai yang memilih untuk balik menyambut perayaan Krismas dan cuti hujung tahun dan awal tahun berbanding balik pada hari mengundi.
"Bagi sektor kerajaan tarikh 18hb Disember tersebut bukanlah faktor hari gaji penjawat awam dan swasta. Justeru, sekiranya mendapat peratusan undi melebihi 60 peratusan adalah satu jumlah besar dalam situasi yang dihadapi tersebut," jelasnya lagi.
Justeru tambahnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan parti politik yang bertanding perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam memastikan pengundi turun menunaikan tanggungjawab mereka pada 18 Disember depan.
Fareez Azman
Thu Dec 16 2021

Berdasarkan kajian, sokongan terhadap GPS dilihat meningkat pada fasa kedua berbanding fasa pertama kajian. - Gambar fail/Astro AWANI
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.

Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.

Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri

Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.

Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.

'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.

PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi

PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.

PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.