KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Dis manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Dis.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Dis, iaitu hari Isnin, sehingga jam 11.59 malam 17 Dis.
"Suruhanjaya PRN menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berhubung pembubaran DUN Sarawak yang ke-11 pada 5 Nov.
"SPR mengadakan mesyuarat khas pada hari ini dan menetapkan satu PRN Sarawak perlu diadakan bagi mengisi kekosongan 82 kerusi DUN berkenaan,” katanya.
Abdul Ghani mengumumkan tarikh-tarikh penting berhubung PRN Sarawak itu pada satu sidang media di sini, hari ini, selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.
Menurut Abdul Ghani, PRN Sarawak ke-12 dianggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM150 juta.
Sebanyak 82 pusat penamaan calon dan 82 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan pada pilihan raya tersebut.
Selain itu, katanya, sebanyak 1,951 buah premis akan digunakan sebagai pusat mengundi melibatkan 3,666 saluran mengundi.
Daripada jumlah tersebut, 1,866 adalah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 saluran.
“Selain itu, sebanyak 85 pusat mengundi awal melibatkan 111 saluran mengundi awal akan digunakan,” ujarnya lagi.
Semua 346 buah pusat mengundi biasa pada hari mengundi akan dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang sementara baki 1,520 pusat mengundi dibuka mengikut waktu yang telah diwartakan.
Manakala bagi pusat mengundi awal, 11 buah pusat mengundi akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, 20 pusat mengundi dari jam 8 pagi hingga 2 petang dan baki 54 buah pusat mengundi awal akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Jelas Abdul Ghani, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan bagi PRN kali ini adalah Daftar Pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2021 yang dikemas kini sehingga 2 Nov.
Ia melibatkan 1,252,014 pengundi terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan, 10,458 anggota polis PGA dan pasangan, serta 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.
Pada 3 Nov lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan.
Hasimi Muhamad
Wed Nov 24 2021

Abdul Ghani berkata, tempoh berkempen bagi PRN Sarawak ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding pada 6 Dis. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.

Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.

Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri

Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.

Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.

'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.

PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi

PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.

PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.