GEDONG: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mempertimbangkan cadangan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak akan datang.
Berucap pada Majlis Pecah Tanah Jalan Teranggas-Gedong di sini, beliau memberi jaminan akan memikirkan usul yang dikemukakan oleh bekas ADUN kawasan tersebut, Datuk Mohd Naroden Majais.
"Naroden ini awal beritahu mahu menarik diri sebagai calon. Terima kasih kerana beri ruang kepada saya. Tapi saya belum tahu lagi pindah atau tidak sebab sebagai Ketua Menteri saya melihat semua kawasan, sama ada Gedong, Simunjan Petra Jaya kah...semua kawasan," katanya.
BACA: PRN Sarawak: Naroden buka laluan kepada Abang Jo jadi calon DUN Gedong
Pun begitu Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyifatkan cadangan Naroden susah hendak ditolak.
"Ditolak susah juga, nak diterima susah juga. Jadi saya akan pertimbangkan. Saya akan buat keputusan saya," katanya.
Tambahnya, beliau terpaksa berbincang dengan penduduk Satok alasan untuk berpindah.
"Saya akan sembahyang hajatlah...Jika jodoh bertemulah. Terima kasih Naroden dan Nancy. Saya minta bantuan Naroden agar membantu sudut perancangan," katanya lagi.
Naroden mula menjadi ADUN Gedong sejak 1991 dan telah berkhidmat selama enam penggal; baik sebagai ADUN Gedong mahupun ADUN Simunjan.
Dalam PRN11 Sarawak, Naroden memenangi kerusi ini dengan majoriti 3,365 undi, menewaskan calon Amanah, Rapelson Richard Hamit dan calon Bebas, Uja Bensi.
Fadilah Sulaiman
Wed Nov 17 2021

Abang Johari (dua dari kanan) merakam gambar bersama penduduk Gedong pada Majlis Pecah Tanah Jalan Teranggas-Gedong hari ini. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PRN Sarawak: 'Terima kasih beri ruang, saya akan pertimbangkan' - Abang Jo
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mempertimbangkan cadangan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Gedong pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak akan datang.