PELAGUS: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus tidak bersedia memilih calon atau parti lain bagi mewakili mereka menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Menurut penyandang kerusi DUN Pelagus, Wilson Nyabong Ijang, dapatan itu diperolehi menerusi bancian dan lawatannya ke semua rumah panjang di kawasan tersebut.
“Saya sudah melawat ke semua rumah panjang dan saya juga melakukan bancian. Hasil bancian itu mendapati, mereka semua tidak bersedia untuk diwakili calon atau parti lain, selain dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Untuk itu saya harap mereka akan terus kekal bersama GPS,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, penduduk kawasan itu juga tidak yakin untuk memilih parti lain kerana tidak ada parti yang akan mampu membentuk sebuah kerajaan di Sarawak selain GPS.
Malah kesatuan yang diamalkan oleh rakan komponen dalam GPS terus memberi kepercayaan kepada mereka untuk terus mengundi gabungan tersebut.
“Penduduk di Pelagus tahu parti yang melawan itu kelak memang tidak dapat membentuk kerajaan.
“Ini kerana mereka (parti lain) tidak ada gabungan macam kami dan banyak bergerak secara persendirian atau hanya satu parti, lebih lebih lagi di kawasan luar bandar,” tambahnya.
Pada PRN11, Wilson daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) mencatat kemenangan dalam persaingan tiga penjuru apabila memperoleh 3,778 undi.
Beliau yang menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) menewaskan calon DAP, Bendindang Manjah yang memperoleh 494 undi manakala calon BEBAS, Yong Sibat dengan 321 undi.
Syafik Shukri Jalil
Tue Nov 16 2021

Tambahnya, penduduk kawasan itu juga tidak yakin untuk memilih parti lain kerana tidak ada parti yang akan mampu membentuk sebuah kerajaan di Sarawak selain GPS. FOTO: Astro AWANI
DBKL tubuh task force perkasa seniman jalanan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif baharu dengan menubuhkan Task Force KL Street Artist bagi menyelaras dan memperkasa aktiviti seni jalanan di ibu kota.
Caj kesesakan di KL tidak sesuai, sistem pengangkutan awam diintegrasikan
Pelaksanaan caj kesesakan di ibu kota tidak sesuai dilakukan selagi sistem pengangkutan awam belum diintegrasikan sepenuhnya.
"Memang Bahasa Malaysia adalah bahasa utama kita" - Menteri Perpaduan Negara
Menteri Perpaduan Negara mempertimbangkan cadangan Ahli Parlimen Kampar untuk mengadakan libat urus dan perbincangan secara terbuka melibatkan minoriti dan majoriti untuk isu perpaduan negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
PPTM 2025-2035 siap, diserahkan kepada Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir secara rasmi menerima Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 (PPTM 2025-2035), menandakan langkah baharu dalam pembangunan sistem pendidikan tinggi negara.

KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang - Fadhlina
Ia termasuk melaksanakan kursus bahasa dan program seperti pertandingan debat, bagi memantapkan penguasaan bahasa pengamal undang-undang.
LRT3 dijangka mula beroperasi 30 September depan
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya, dijadual bermula pada 30 September depan.
[TERKINI] PM Anwar umum RM35 juta sokong ekosistem Wakaf Malaysia
Kerajaan setuju peruntuk RM30 juta bagi Program MyWaqafPTPTN, RM5 juta modal awal wujudkan entiti Permodalan Wakaf Nasional Bhd - PM Anwar.

Elon Musk dedah Jabatan AS 'tidak sengaja' potong dana pencegahan Ebola
Jabatan Kecekapan Kerajaan didakwa melakukan kesilapan apabila mengurangkan kakitangan dan program dalam beberapa minggu kebelakangan.
Bangunkan Gaza: Trump kongsi video AI Gaza dibangunankan, cetus kecaman
Akaun media sosial rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memuat naik satu video yang dipercayai dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) berkenaan Gaza.#AWANInews

AIFA terima 57,782 pertanyaan sejak dilancarkan - MCMC
AIFA merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian serta membanteras ancaman siber.

PRN Sarawak: 'Buat pilihan tepat pada hari mengundi' - Awang Tengah
Beliau juga berjanji akan meneruskan agenda pembangunan di Bukit Sari serta membela kebajikan rakyat untuk membina asas-asas yang kukuh untuk masa depan generasi muda di kawasan itu.

PRN Sarawak: GPS dijangka menang, namun jumlah kerusi...
Walaupun GPS baru ditubuhkan beberapa tahun lepas, namun ia dianggotai parti yang cukup matang.

PRN Sarawak: Pas hanya bertanding di Beting Maro - Tuan Ibrahim
Pas akan hanya meletakkan seorang calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

PRN Sarawak: Kolej kemahiran wajar diwujudkan di pedalaman - Belia Pelagus
Warga belia di Pelagus mengharapkan agar sebuah kolej vokasional dapat dibangunkan di kawasan mereka.

PRN Sarawak: Warga Pelagus setia bersama GPS, tidak sedia pilih parti lain - Penyandang
Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus tidak bersedia memilih calon atau parti lain bagi mewakili mereka menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

PRN12: Gerawat calon pertahan kerusi DUN Mulu
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Mulu, Datuk Gerawat Gala akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).

PN hanya perlu beri sokongan moral, biar GPS kendali sendiri kempen pilihan raya - Abdul Karim
Perikatan Nasional (PN) tidak perlu terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN12) akan datang.

Sarawak Memilih: PH Sarawak kekal dengan agihan kerusi
Ujar Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen, pembahagian kerusi kekal namun boleh berubah berdasarkan keadaan.

PRN Sarawak: Peluang tipis untuk PSB menang - Masing
Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat mempunyai peluang yang tipis untuk merebut kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 akan datang

PBB sentiasa sediakan kuota 10 peratus untuk muka baharu - Fadillah
Menurut Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof, parti itu sentiasa membuka ruang kepada calon baharu dalam PRN Sarawak.