CHUKAI: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini berkata pentadbiran negeri yang sealiran dengan kerajaan Persekutuan akan menguntungkan rakyat kerana mempunyai 'suara' yang terus kepada kepimpinan tertinggi negara.
Beliau berkata bukan sahaja tiada menteri mahupun timbalan menteri dari negeri ini, malah langsung tiada wakil Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) di Parlimen dari Terengganu dan ia menyukarkan keluh-kesah rakyat untuk sampai ke peringkat Pusat.
"Ia tidak ubah seperti ayam bercakap dengan itik...(sebab negeri pembangkang).
"Kalau sebelum ini rakyat beri peluang kepada Pas untuk memerintah, sekarang ini kita memohon rakyat beri mandat kepada BN pula untuk mentadbir Terengganu," kata calon BN bagi DUN Kijal itu.
Ahmad adalah penyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990, berdepan saingan satu lawan satu menentang Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Datuk Razali Idris (PN-Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu 12 Ogos ini.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut meluahkan hasratnya untuk melihat negeri kelahirannya terus maju serta dibangunkan seperti waktu BN memerintah negeri tersebut.
"Boleh lihat rekod saya, banyak pembangunan telah dibuat di Terengganu sebagai contoh Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Jambatan Bukit Kuang, Tasik Kenyir selain pendidikan dan sukan.
"Pendidikan contohnya, kita belanja RM300 juta setahun iaitu negeri paling besar peruntukan untuk pendidikan berbanding dengan negeri lain dan kita harap rakyat dapat menilai dan kembali ke pangkal jalan," katanya.
Bagi golongan muda, Ahmad berkata BN telah menawarkan banyak manfaat dalam manifesto kali ini antaranya faedah pinjaman motosikal sebanyak RM5,000 tetapi hanya perlu bayar balik RM4,500.
"Selain itu, bagi pelajar universiti yang tamat pengajian mereka akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau swasta untuk tempoh setahun dengan elaun bagi diploma RM1,500 manakala ijazah sarjana muda RM1,800 dibiayai oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN jika kita menang nanti," katanya yang mengulangi kandungan manifesto BN yang dilancarkan baru-baru ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, PAS memenangi 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN menang hanya 10 kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
AHMAD: Kalau sebelum ini rakyat beri peluang kepada Pas untuk memerintah, sekarang ini kita memohon rakyat beri mandat kepada BN pula untuk mentadbir Terengganu. -Gambar fail/Bernama
Penduduk DUN Paloh desak pembinaan balai bomba baru
Lebih 20,000 penduduk DUN Paloh, Kelantan, mohon kerajaan bina balai bomba untuk elak kerugian besar dalam kebakaran dan kecemasan.
PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA ketika menjalankan Op Taring Wawasan kira-kira 2.30 pagi.
Kes pukul OKU: Peguam tuntut hukuman lebih berat
Peguam Khairul Amin Abdullah gesa suspek kes pukul OKU di Chukai dituduh di bawah seksyen lebih berat demi keadilan mangsa, Ahmad Nor Al Faizan.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat pada 5.30 petang dan melalui siasatan awal mendapati terdapat lima individu bersaudara ke kawasan pantai untuk mandi sebelum dihanyutkan.
Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P
Pengasuh bayi didakwa menganiaya hingga sebabkan kematian
Chia Muy Hoong, 61 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas tuduhan menganiaya bayi 9 bulan sehingga maut di Mersing bulan lalu.
SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman dua anggota lain-lain pangkat pasukan keselamatan yang juga bertugas sebagai jurulatih.
Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan trafik ketara di lebuh raya utama sempena Tahun Baharu Cina 2025, dengan 2.6 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Malaysia tidak boleh miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Bercakap pada sesi taklimat media bertajuk “Unlocking ASEAN's Digital Future: Driving Inclusive Growth and Global Competitiveness" di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
[TERKINI] Fadzaruddin mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana pelaburan RM8 juta
Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu
Khaled Nordin dan Ahmad Said bukan lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
PRK Kemaman: 'Beri peluang calon yang betul-betul mahu berkhidmat' - Ahmad Said
Beri peluang kepada calon yang betul-betul mahu berkhidmat dan mempunyai masa secukupnya untuk Parlimen Kemaman, kata Ahmad Said.
PRK Kemaman: Jentera perlu seia-sekata pastikan kemenangan calon BN
Beliau yakin sekiranya kerjasama utuh dapat diberikan seluruh jentera, tidak mustahil BN berupaya membuat kejutan.
Ahmad Said umum tidak tanding PRK Kemaman
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan beliau tidak bertanding pada PRK Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember.
Ahmad Said dicadang calon BN PRK Kemaman
Mohamed Rahim berkata, Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu merupakan antara nama yang mendapat sokongan untuk disenaraikan sebagai calon.
Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.
[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN Terengganu: Pentadbiran sealiran kerajaan pusat untungkan rakyat - Ahmad Said
Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut meluahkan hasratnya untuk melihat negeri kelahirannya terus maju serta dibangunkan seperti waktu BN memerintah negeri tersebut.
PRN: Razali lawan Ahmad Said di Kijal
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Razali bakal menentang Ahmad, penyandang kerusi tradisi UMNO, pada PRN Terengganu 12 Ogos ini.
Tidak mustahil UMNO kembali tawan Terengganu - Ahmad Said
Ahmad berkata, berdasarkan rekod kerajaan yang menerajui negeri tersebut ia sentiasa bersilih ganti di antara dua parti berkenaan.