KOTA BHARU: Pas Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata setakat ini, pihaknya menumpu perhatian untuk berdepan pada PRN dan perkara berkenaan akan diputuskan dan disusun dengan terbaik selepas pilihan raya tersebut.
"Buat masa sekarang kita buka kepada rakyat dahulu untuk memilih calon (PRN) dan calon perlu mendapatkan keputusan dahulu (undi), dalam masa beberapa hari (selepas PRN) kita akan umum mereka yang layak.
"Tidak perlu bayangan siapa akan jadi calon, sebab semua layak (untuk jadi Menteri Besar). Exco layak, MB layak dan semua layak, tidak ada yang tak layak," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir merasmikan Majlis Pelancaran E-Wallet Kelantan Pay di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, dan Teknologi negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, menyatakan pencalonannya dalam PRN kali ini merupakan kali yang terakhir.
Ahmad berkata pencalonannya sebagai calon DUN Pasir Pekan itu memasuki penggal ketujuh dan sudah tiba masanya memberi laluan kepada calon lain yang lebih muda selepas ini.
Sementara itu, mengulas mengenai E-Wallet Kelantan Pay, Ahmad berkata penggunaan aplikasi itu diwujudkan bagi memudahkan proses dan mempelbagaikan kaedah pembayaran bagi orang awam, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan perolehan serta kutipan hasil agensi negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Setakat ini beberapa agensi negeri dan PBT akan menggunakannya untuk menerima bayaran, termasuk Air Kelantan Sdn Bhd, Majlis Agama Islam Kelantan, Majlis Daerah, Yayasan Islam Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dan beberapa PBT lain yang dalam proses.
"Dengan adanya aplikasi ini, diharap lebih ramai rakyat Kelantan dapat memanfaatkannya untuk pelbagai tujuan, bukan sahaja bagi bayaran perkhidmatan kerajaan tetapi pembelian secara dalam talian, pembelian di restoran dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023

Ahmad Yakob berkata setakat ini, pihaknya menumpu perhatian untuk berdepan pada PRN. - Gambar fail/BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

BN, PH perlu kemuka calon MB jika mahu terajui Kelantan
Ia supaya rakyat boleh buat pilihan tepat berhubung parti yang layak menerajui tampuk pentadbiran negeri pada masa depan.