PERMATANG PAUH: Ketiadaan calon BN yang bertanding di salah satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Permatang Pauh bukti parti itu gagal membuat rundingan dengan Pakatan Harapan (PH).
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, kawasan berkenaan merupakan kerusi tradisi parti dengan majoriti pengundi Melayu.
"Ini tidak gambarkan keputusan perpaduan yang baik sebaliknya hanya ego parti masing-masing.
"PKR di Permatang Pauh nampaknya bertegas bahawa kawasan ini adalah kubu PH dan perlu diberi ruang 100 peratus.
"Saya secara peribadi anggap ini adalah kegagalan parti berunding dengan PH hingga UMNO diketepikan," katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata biarpun tidak berpuas hati, namun ahli UMNO di kawasan itu bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan berkenaan dan tetap menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap rakan kerjasama politik itu.
Ujarnya, tiada apa lagi yang perlu disuarakan selain menyifatkan kedudukan itu seperti "nasi sudah menjadi bubur".
Mohd Zaidi, sebelum ini, menuntut salah satu kerusi berkenaan diberikan kepada UMNO dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Namun, ketiga-tiga DUN berkenaan yang terdiri daripada Seberang Jaya, Permatang Pasir, dan Penanti kesemuanya telah diisi oleh calon PKR.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), ketiga-tiga kerusi itu dimenangi calon PH iaitu PKR menerusi Dr Afif Bahardin di Seberang Jaya dan Dr Norlela Ariffin (Penanti), manakala calon Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil menang di Permatang Pasir.
Hilmi Malik
Fri Jul 28 2023
MOHD ZAIDI: Saya secara peribadi anggap ini adalah kegagalan parti berunding dengan PH hingga UMNO diketepikan. -Astro AWANI
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
PRN: Tiada calon BN di Permatang Pauh bukti parti gagal berunding - Mohd Zaidi
Ujarnya, tiada apa lagi yang perlu disuarakan selain menyifatkan kedudukan itu seperti "nasi sudah menjadi bubur".