GEORGE TOWN: Tempoh tiga minggu selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah masa yang paling sesuai untuk hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dilaksanakan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau berpendapat, tempoh berkenaan dikira memadai dan mencukupi untuk semua pihak menjalankan gerak kerja parti masing-masing.
"Hari Rabu ini (28 Jun) menandakan tarikh penting iaitu pembubaran DUN Pulau Pinang, maka apa yang dispekulasikan (pembubaran DUN) sudah jadi kenyataan dan tidak perlu spekulasi lagi... sekarang adalah spekulasi penamaan calon dan hari pengundian pula (mengundi PRN)," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.
DUN Pulau Pinang dibubarkan semalam dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.
Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata, beberapa perkara perlu dilakukan selepas pembubaran DUN antaranya menyiapkan manifesto, persiapan lantikan ejen tempat undi, ejen mengira undi dan bahan-bahan untuk publisiti.
"Selepas penamaan calon, kita masuk pula ke peringkat persiapan untuk dapatkan jentera berkempen, mengadakan lawatan bertemu pengundi, pengedaran risalah dan gunakan media sosial untuk sampaikan maklumat kepada pengundi... semua gerak kerja ini dilakukan sehingga ke kemuncaknya hari mengundi.
"Kita juga menyusun semua kerja-kerja ini kerana ia ada prosesnya tersendiri iaitu apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu dan seterusnya kerja-kerja lain (menyusul)," katanya.
Persidangan DUN Pulau Pinang yang pertama diadakan pada 1 Ogos 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun sepatutnya berakhir 2 Ogos ini.
Pada PRU14, PH memenangi 37 daripada keseluruhan 40 kerusi termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH, manakala Barisan Nasional (BN) memenangi dua kerusi dan Pas (satu).
Sebelum DUN Pulau Pinang dibubarkan, PH memiliki 33 kerusi, BN (dua), Bersatu (empat) dan Pas satu kerusi.
Selain Pulau Pinang, negeri lain yang akan mengadakan PRN ialah Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023
![PRN: Tiga minggu selepas DUN bubar masa sesuai untuk penamaan calon - Chow PRN: Tiga minggu selepas DUN bubar masa sesuai untuk penamaan calon - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81688005786_ChowKonYeow.jpg)
Chow Kon Yeow berpendapat, tiga minggu selepas pembubaran Dewan Undangah Negeri (DUN) memadai dan mencukupi untuk semua pihak menjalankan gerak kerja parti masing-masing. - Gambar BERNAMA
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
![Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738846397_DatukHusseinOmarK.jpg)
Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
![ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739063502_arifaiman.jpg)
ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri
Pemain sayap lincah berkenaan memilih untuk merendah diri dan memberikan kredit penuh buat pasukannya.
![PRN: Tiga minggu selepas DUN bubar masa sesuai untuk penamaan calon - Chow PRN: Tiga minggu selepas DUN bubar masa sesuai untuk penamaan calon - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81688005786_ChowKonYeow.jpg)
PRN: Tiga minggu selepas DUN bubar masa sesuai untuk penamaan calon - Chow
Tempoh berkenaan dikira memadai dan mencukupi untuk semua pihak menjalankan gerak kerja parti masing-masing.
![DUN Pulau Pinang rasmi bubar hari ini, beri laluan kepada PRN DUN Pulau Pinang rasmi bubar hari ini, beri laluan kepada PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687921041_ADUNPulauPinang.jpg)
DUN Pulau Pinang rasmi bubar hari ini, beri laluan kepada PRN
Pembubaran itu lebih awal berbanding tempoh mandat lima tahun yang akan berakhir pada 2 Ogos ini.