BANGI: Proses undang-undang telah diambil terhadap segelintir pihak pembangkang yang didakwa cuba memburukkan imej dan pencapaian Kerajaan Selangor.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya dan anak syarikat terbabit mendapati sebahagian dakwaan yang dibuat bersifat tuduhan liar yang memberi persepsi salah.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara terperinci individu yang bakal menerima surat tuntutan berkenaan.
“Malahan, cubaan pihak lawan untuk memburukkan pencapaian kerajaan (Selangor) terutama dari segi pencapaian ekonomi sebelum permulaan kempen lagi tetapi tidak berjaya.
“Hari ini mereka yang terdesak terpaksa mengitar beberapa isu yang telah dijelaskan secara tuntas di dalam (sidang) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
“Insya-Allah satu atau dua hari lagi beberapa surat-surat tuntutan akan sampai dan saya percaya kerana ia merupakan satu fitnah yang dilemparkan semata-mata untuk mencarik imej Kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Tekad Insan #Kita Selangor, di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Pengerusi Harapan Negeri Selangor itu berkata isu lokal masih menjadi fokus Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Begitu pun, calon PH DUN Sungai Tua itu mendakwa Perikatan Nasional (PN) yang sebenarnya tidak mempunyai isu lokal untuk dimainkan dan terpaksa mengulangi isu yang pernah dibangkitkan.
“Kita cuba memperjelaskan (isu lokal) tetapi apabila kita diserang dalam isu Persekutuan, sudah tentu kita kena jawab.
“Sudah tentu ketentuannya adalah untuk menentukan hala tuju negeri. Tetapi bagaimana negeri nak dibangunkan juga harus ada kaitan dengan isu Persekutuan.
“Apa yang terjadi dalam masalah PN, mereka tak ada isu negeri (tetapi) yang ada cuma fitnah dan kitaran isu yang pernah dibangkitkan dan dijawab serta juga mengulang benda yang sedikit sebanyak ditangani di peringkat Persekutuan," ujarnya lagi.
Beliau juga percaya kempen yang berbaki sekitar seminggu lagi mampu digunakan sebaik mungkin untuk menjelaskan tawaran-tawaran PH-BN yang setakat ini katanya, telah mendapat sambutan yang baik.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos ini sebagai Hari Pengundian, sementara Hari Undi awal pada 8 Ogos ini.
Sebelum ini, PH-BN telah mengumumkan manifesto mereka yang dikenali sebagai Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun.
Hasimi Muhamad
Fri Aug 04 2023

Amirudin (tengah) berkata pihaknya dan anak syarikat terbabit mendapati sebahagian dakwaan yang dibuat bersifat tuduhan liar yang memberi persepsi salah - Astro AWANI/Shahir Omar

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

PRN: Tindakan undang-undang diambil ke atas pihak burukkan imej Kerajaan Selangor
Amirudin turut mendakwa PN yang sebenarnya tidak mempunyai isu lokal untuk dimainkan dan terpaksa mengulangi isu yang pernah dibangkitkan.