KUALA LUMPUR: Hanya tinggal enam atau tujuh daripada keseluruhan sembilan kerusi yang masih dirundingkan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) belum dimuktamadkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi.
Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, berkata beliau percaya rundingan mengenai pertindihan kerusi itu akan dapat diselesaikan dengan cara baik dalam masa terdekat.
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, berkata penyelesaian rundingan tersebut diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pengerusi PH) dan pimpinan tertinggi dalam Kerajaan Perpaduan.
"Saya rasa mungkin tak lama lagi dan selepas itu, kita akan fokus mendekati rakyat dan berkempen apabila tiba masanya," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Jelajah MYTV di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini, hari ini.
Pada 18 Jun lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi telah selesai di peringkat Jawatankuasa Perundingan BN-PH, namun terdapat pertindihan di sembilan daripada sejumlah 245 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Enam negeri yang akan berhadapan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sementara itu, mengulas gesaan beberapa pihak agar bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua diambil tindakan berikutan kenyataannya yang melabelkan BN sebagai pakatan korup, Fahmi berkata beliau percaya DAP akan meneliti perkara itu memandangkan parti berkenaan melihat serius tentang isu disiplin.
"Kita serahkan kepada DAP untuk tentukan apa (bentuk) tindakan. Kita tidak jaga tepi kain parti lain ini, urusan parti masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi menyifatkan segala kritikan dan pandangan yang dikemukakan 'rakan-rakan' dari parti komponen Kerajaan Perpaduan akhir-akhir ini sebagai pengajaran untuk mereka memantapkan usaha dan menyegerakan beberapa ikhtiar bagi membantu rakyat.
Beliau juga percaya perkara itu tidak akan mempengaruhi sentimen pengundi pada PRN akan datang kerana rakyat memahami usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan demi menjaga kesejahteraan mereka ketika pasca pandemik COVID-19.
Selain itu, beliau turut mengganggap ura-ura bahawa Pemuda MCA akan memboikot PRN 'sebagai asam garam dalam politik dan percaya ia dapat 'diredakan'' selepas selesai agihan kerusi dilakukan.
Terdahulu, dalam ucapannya, Fahmi berharap program berkenaan dapat membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada rakyat kerana pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) akan memberikan dekoder percuma kepada isi rumah yang layak.
"Saya difahamkan program akan dijalankan ke seluruh negara dengan Parlimen Lembah Pantai adalah lapangan pertamanya. Melalui inisiatif ini, masyarakat akan mendapat siaran TV digital percuma yang menyiarkan kesemua saluran TV kerajaan dan swasta tanpa sebarang yuran bulanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023
Fahmi berkata beliau percaya rundingan mengenai pertindihan kerusi itu akan dapat diselesaikan dengan cara baik dalam masa terdekat. - Gambar fail
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
Fokus selesai masalah rakyat sebelum fikir PRN Sabah - Armizan
Armizan berkata, tempoh kira-kira setahun ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah serta isu yang menjadi keutamaan rakyat.
PRN: Semua perlu akur keputusan pembahagian kerusi - Mohamad Hasan
Semua ahli parti perlu akur dan menerima keputusan yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden berhubung pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri akan datang.
PRN: Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor selesai - Amirudin
Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah selesai, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
PRN: Wanita PH selesai rundingan kerusi, hanya tunggu pengumuman kerusi - Fadhlina
Wanita Pakatan Harapan bersiap sedia untuk memastikan kemenangan semua calon PH pada Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor dijangka selesai seminggu lagi
Perbincangan bagi agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dijangka selesai dalam tempoh seminggu lagi.
PRN: Tinggal enam atau tujuh kerusi sahaja belum dimuktamadkan - Fahmi
Fahmi berkata beliau percaya rundingan mengenai pertindihan kerusi itu akan dapat diselesaikan dengan cara baik dalam masa terdekat.
Pas bukan 'abang besar' dalam PN - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, tidak timbul isu Pas 'abang besar' di dalam PN kerana kesepakatan telah dicapai dan pembahagian yang adil telah dilaksanakan.
PRN Selangor: 'PM, TPM akan putuskan kerusi yang belum dimuktamadkan' - Amirudin
Gabungan itu masih ada masa mencukupi untuk memuktamadkan calon dan pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
PRN: Agihan kerusi PN selesai 99 peratus - Muhyiddin
Pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah selesai 99 peratus, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRN: Rundingan akhir pembahagian kerusi PH, BN malam ini - Rafizi
Rundingan akhir berkaitan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan berlangsung malam ini.