SHAH ALAM : Kekalahan UMNO pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri merupakan satu tamparan hebat buat parti dan ahli pimpinan tertinggi supaya segera lakukan ‘sesuatu’ untuk mendapatkan semula kepercayaan pengundi.
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, UMNO berhadapan kekalahan yang begitu teruk kerana hanya memenangi sebanyak 19 kerusi daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
“Kita perlu berbuat sesuatu, jika tidak UMNO akan terus kalah dan pupus menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Saya dan akar umbi telah berusaha sedaya upaya di bawah. Kini kepimpinan perlu membuat pertimbangan semula dan membuat keputusan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Ahad.
Berdasarkan PRN yang berlangsung pada 12 Ogos, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan daripada 245 kerusi DUN yang dipertandingkan, sebanyak 146 kerusi berjaya dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN) manakala Pakatan Harapan (80 kerusi) dan Barisan Nasional (BN) sebanyak 19 kerusi.
Daripada jumlah kerusi yang dimenangi BN, Negeri Sembilan mencatatkan bilangan tertinggi iaitu dengan 14 kerusi, seterusnya diikuti Selangor (dua), Pulau Pinang (dua) dan Kelantan (satu).
Mengulas lanjut, Isham memberitahu sewaktu berlangsungnya tempoh berkempen, rata-rata akar umbi parti memaklumkan tiga perkara yang menjadi keutamaan iaitu DAP, presiden dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
“Berkenaan DAP, saya telah kata sebelum ini bahawa perkara ini amat sensitif kepada akar umbi kita. Jika kita paksa akar umbi undi DAP, mereka akan bantah.
“Kemungkinan besar mereka tidak akan keluar mengundi atau lebih teruk protes dan undi Perikatan Nasional. Ini yang telah berlaku di enam negeri,” ujarnya.
Beritahu Isham, isu tersebut perlu diselesaikan dengan memikirkan jenis kerjasama yang boleh dilakukan secara bersama dengan parti berkenaan.
Katanya, UMNO boleh dibina semula dengan mengekalkan ideologi dan perjuangan walaupun berkemungkinan berhadapan kekalahan dan tidak menang besar.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan hanya dengan melakukan perkara itu dapat mengekalkan semula akar umbi dan memenangi semula hati rakyat.
Menurutnya, jika perkara itu tidak dilaksanakan, tidak mustahil penyokong akan berhijrah ke parti lain.
“Untuk mengejar 500 undi DAP, kita hilang 5,000 undi Melayu dan hilang akar umbi. Jika kita hilang akar umbi parti kita akan mati. Ini tidak bijak malah bahaya,” tegasnya.
Pada masa sama Isham berkata, jika Najib ada bersama-sama sewaktu berkempen, maka parti mempunyai peluang yang lebih cerah.
“Saya mencadangkan supaya kerajaan membenarkan tahanan di rumah untuk Najib sementara dia menjalani proses pengampunan atau perbicaraan semula,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 13 2023

Isham berkata, jika Najib ada bersama-sama sewaktu berkempen, maka parti mempunyai peluang yang lebih cerah. - Gambar fail
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.