NIBONG TEBAL: Wanita Pakatan Harapan (PH) bersiap sedia untuk memastikan kemenangan semua calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Timbalan Ketuanya Fadhlina Sidek yang juga Ketua Wanita PKR, berkata, setakat ini semua rundingan kerusi membabitkan kuota wanita sudah diselesaikan dan pihaknya kini hanya menunggu kerusi mana yang akan diberikan kepada calon wanita.
"Sepanjang tahun kita senarai pendek, memang sentiasa ada calon jadi kita tidak risau, cuma sekarang ini adalah untuk menentukan kerusi mana (diberikan kepada wanita) dan juga untuk pastikan kemenangan untuk Pakatan hHrapan dan Kerajaan Perpaduan," katanya.
Beliau berkata, Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya pada PRN nanti dan beliau akan memantau dari segi kuota wanita, persiapan serta pemilihan calon bagi memastikan kemenangan calon terpilih kelak.
"Di peringkat Keadilan khsususnya kita telah selesai rundingan kerusi sebagaimana kenyataan saya sebelum ini, kita perlu bekerja keras sikit dan di peringkat wanita Keadilan kita telah melantik YB Juwariyah Zulkifli sebagai Pengarah Pilihan Raya, dia akan melihat semua segi termasuk kuota, persiapan, pemilihan calon dan memastikan kemenangan calon," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, adalah menjadi hasrat Wanita PH untuk melihat lebih ramai wanita diberi peluang untuk bertanding pada PRN .
Tegasnya, beliau akan terus mempertahankan cadangan 30 peratus kuota pimpinan wanita dalam PRN kerana wanita sememangnya boleh membuat perubahan seterusnya menyumbang kepada negara.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis Qurban Perdana Nibong Tebal di Masjid Jamek Al Huda , Sungai Bakau, pada Sabtu.
Sebanyak enam ekor lembu ditumbangkan pada program berkenaan yang mana dagingnya kemudian diagihkan kepada penduduk sekitar kawasan itu.
Sebelum ini, Wanita PH menyasar calon-calon daripada pergerakan sayap parti itu bertanding 30 peratus daripada kerusi DUN dalam PRN di enam negeri nanti.
Bagaimanapun perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.
PRN akan berlangsung di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor dan dijangka diadakan secara serentak walaupun tarikh pembubaran berbeza.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jul 01 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjawab pertanyaan media pada Majlis Korban Perdana Parlimen Nibong Tebal di Masjid Jamek Al Huda, Sungai Bakau hari ini. - Foto BERNAMA
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.
Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.
KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.
Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah dijangka dibentang Februari
KPM dijangka membentangkan Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah pada sesi Dewan Rakyat Februari ini.
KPM sedang gubal dasar pendidikan wajib sekolah menengah - Fadhlina
Menurut Fadhlina, dasar tersebut juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.
Peratusan calon SPM 2024 hadir cecah 97 peratus - Fadhlina
Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini.