SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) termasuk seluruh pemimpin UMNO yang berimej bersih berisiko menerima 'hukuman' daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang membabitkan keselamatan negara dilihat memberi impak lebih besar berbanding isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penganalisis Politik, Profesor Wong Chin Huat berkata, ini kerana seluruh kepimpinan UMNO akan menerima tempias meskipun skandal LCS melibatkan segelintir pemimpin UMNO dan kroni.
"Jika UMNO masuk PRU sekarang, maka seluruh UMNO termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) yang tidak terlibat dalam skandal ini akan dihukum pengundi yang marahkan seluruh UMNO kerana melihat ini sebagai 1MDB 2.0 yang lebih besar dan lebih menjahanamkan keselamatan negara.
"Untuk menyelamatkan diri, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) seperti yang dicadangkan oleh Pemuda UMNO juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan DAP perlu ditubuhkan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Tambah beliau, bagaimanapun sekiranya RCI ditubuhkan sekalipun, ia tidak cukup membuktikan kesungguhan UMNO membersihkan diri daripada rasuah, tetapi reformasi penyiasatan dan pendakwaan yang bebas daripada campur tangan kerajaan perlu dilakukan.
"Jabatan Pendakwa raya yang dipisahkan daripada Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di bawah Parlimen, bukannya Perdana Menteri mesti diwujudkan.
"UMNO mesti menunjukkan kesungguhan untuk membersihkan diri daripada barah-barah rasuah. Dengan reformasi ini, UMNO dapat berdiri teguh sebagai parti patriotik dan bukan parti perasuah yang dengan mudahnya boleh dilabel sebagai pengkhianat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jangkaan nasib yang bakal dihadapi UMNO pada PRU15 memandangkan isu LCS sedang meledak di pelbagai platform media sosial sama seperti isu 1MDB.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Oh Ei Sun pula berkata, peluang UMNO untuk menang akan lebih terjejas jika PRU15 terus ditangguh.
"Isu LCS ini menjadi satu lagi sebab mengapa UMNO perlu mendesak supaya pilihan raya umum diadakan secepat mungkin.
"Jika dibiarkan lebih lama, bukan sahaja skandal LCS ini akan memburuk, tetapi ekonomi juga akan menjadi lebih teruk, jadi peluang UMNO (untuk menang) akan menjadi lebih teruk," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 12 2022
Menurut penganalisis politik, isu LCS ini menjadi satu lagi sebab mengapa UMNO perlu mendesak supaya pilihan raya umum diadakan secepat mungkin. - Gambar hiasan/BERNAMA
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis
Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan.
KD Pendekar karam: Mindef tunggu laporan penuh - Khaled
Mindef sedang menunggu laporan penuh insiden kapal KD Pendekar milik TLDM yang tenggelam di Tenggara Tanjung Penyusop, di Kota Tinggi semalam.
Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012
Mahkamah Persekutuan akan tentukan keabsahan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman berkait pertuduhan ke atas Setiausaha Agung Muda.
Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta
Ahmad Ramli gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air
Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah berjaya diluncurkan ke permukaan air di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).