Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Fahariyah Md Nordin berkata, pembangkang tidak perlu mempolitikkan isu Transit Aliran Massa (MRT) kerana apa yang kerajaan lakukan adalah demi kebaikan rakyat.
Jelas beliau, pembangkang sebenarnya ibarat cacing kepanasan kerana satu demi satu kejayaan kerajaan tercatat di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan menipiskan lagi harapan pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
"Dulu kalau kita ingat balik, pembangkang sering menentang pembinaan MRT ini, kononnya ia satu pembaziran tapi kini bila ia berjaya, mereka pula ingin mengambil nama.
"Tiba-tiba mereka mahu dilibatkan dalam projek ini. Yang sebenarnya pembangkang risau, kejayaan MRT telah membuktikan banyak kata-kata mereka adalah pembohongan," ujarnya kepada UMNO-Online.
Justeru ujar Fahariyah, rakyat seharusnya kembali berfikir secara rasional dan menilai kebaikan demi kebaikan yang kerajaan lakukan untuk rakyat dan negara.
"Janganlah kerana cerita yang tidak benar, maka kerajaan dikecam sedangkan semua itu adalah fitnah. Kita harus menjadi individu yang bijak berfikir dan tahu menilai mana yang baik, mana yang buruk.
"Apatahlagi PRU14 sudah semakin hampir maka tidak mustahil pembangkang akan mereka pelbagai lagi cerita yang tidak benar untuk mengelirukan rakyat bagi menghidupkan politik kebencian," katanya lagi.
UMNO Online
Wed Jul 19 2017

FAHARIYAH: pembangkang tidak perlu mempolitikkan isu Transit Aliran Massa (MRT) kerana apa yang kerajaan lakukan adalah demi kebaikan rakyat. - Gambar fail

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

Projek MRT: Apa perlu pembangkang seperti 'cacing kepanasan'? - Fahariyah
Pembangkang tidak perlu mempolitikkan isu Transit Aliran Massa (MRT) kerana apa yang kerajaan lakukan adalah demi kebaikan rakyat.

Pembangkang perlu buktikan taat setia kepada negara - Fahariyah
Kepimpinan pembangkang perlu segera membuktikan taat setia masing-masing bahawa mereka sememangnya warganegara Malaysia sejati.