Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang diadakan di Dewan Seri Bernam di sini, ditutup pada 10 pagi.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan proses penamaan ditutup dan dijangka mengumumkan senarai calon rasmi yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar selepas ini.
Tiga calon iaitu Budiman Mohd Zohdi daripada Barisan Nasional (BN); Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukur (Amanah) telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.
Terdahulu, Budiman yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, diiringi Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berarak dari Dataran Tonggak 10, kira-kira 500 meter sebelum tiba di pusat penamaan calon kira-kira 8.30 pagi.
Beberapa pemimpin parti turut sama mengiringi Budiman antaranya Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Tan Sri Noh Omar dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sementara itu, Dr Abdul Rani yang merupakan ADUN Meru diiringi pemimpin parti itu termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali tiba di pusat penamaan sejurus sebelum proses pencalonan dibuka pada 9 pagi.
Azhar pula yang tiba di Dewan Seri Bernam pada pukul 8.45 pagi diiringi Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Jun depan sebagai hari pengundian.
Bernama
Sun Jun 05 2016

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) mengiringi Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi (dua, kiri) menuju ke pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil Sungai Besar di Dewan Seri Bernam. - FotoBERNAMA
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Calon PAS hadir majlis buka puasa kempen calon Amanah
Calon PAS untuk PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman, berkata tidak ada masalah untuknya hadir kerana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga ialah Menteri Besarnya.

Proses penamaan calon PRK Sungai Besar ditutup, tiga pencalonan diterima
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang diadakan di Dewan Seri Bernam di sini, ditutup pada 10 pagi.