Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bermula pada 9 pagi ini di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam di Seksyen 19 di sini.
Tempoh masa bagi mengemukakan kertas penamaan calon dijadual selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada PRK ini.
Pada Khamis, PKR mengumumkan Pengetua Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang juga Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Pusat sebagai calon.
BN pula mempertaruhkan anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.
Dalam pada itu, PRK tersebut dijangka menyaksikan penyertaan seorang calon Bebas selepas sumber daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor mengesahkan bahawa individu lelaki berkenaan telah membayar wang deposit.
PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR, mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi apabila menewaskan calon BN Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76). Beliau menang dengan majoriti 12,480 undi.
Sungai Kandis mempunyai 51,230 pengundi berdaftar terdiri daripada 51,217 pengundi biasa dan 13 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos ini sebagai hari pengundian. -- Bernama
Bernama
Sat Jul 21 2018
![Proses penamaan calon PRK Sungai Kandis bermula 9 pagi Proses penamaan calon PRK Sungai Kandis bermula 9 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51532137888_Sgkandis.jpg)
Mohd Zawawi (kiri) dan Lokman selepas mengemukakan borang penamaan calon masing-masing di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19 Shah Alam hari ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
![Hina mahkamah: Lokman Adam mohon maaf, dikenakan bon berkelakuan baik Hina mahkamah: Lokman Adam mohon maaf, dikenakan bon berkelakuan baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719829639_TBLokman.jpg)
Hina mahkamah: Lokman Adam mohon maaf, dikenakan bon berkelakuan baik
Mahkamah Persekutuan mengenakan bon berkelakuan baik selama setahun ke atas Lokman Adam bagi kesalahan menghina mahkamah membabitkan isu 1MDB.
![KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713154859_kjlokmanadam.jpg)
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
![Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694416189_LokmanNoorAdam.jpg)
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.
![Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu mengenai vaksin, COVID-19 Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu mengenai vaksin, COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61661962698_LokmanNoorAdam.jpg)
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu mengenai vaksin, COVID-19
Hakim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dihadapi Lokman.
![Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685337962_LokmanNoorAdam.jpg)
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September
Perbicaraan Lokman Noor Adam yang didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini.
![Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683016352_IshamJalilNohOma.jpg)
Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham
Isham Jalil membidas kenyataan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.
![Bicara kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman Adam bermula 29 Jan 2024 Bicara kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman Adam bermula 29 Jan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667810705_MashUp.jpg)
Bicara kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman Adam bermula 29 Jan 2024
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 29 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli MT UMNO Datuk Lokman Noor Adam.
![Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604303993_DatukLokmanAdam.jpg)
Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT
Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepadanya melalui panggilan telefon.
![Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672845054_TBHASRULAKHMAL.jpg)
Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul
![Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Lokman Adam mungkin dapat diselesaikan tanpa perbicaraan Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Lokman Adam mungkin dapat diselesaikan tanpa perbicaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669711031_TBMASHUPismail.jpg)
Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Lokman Adam mungkin dapat diselesaikan tanpa perbicaraan
Saman fitnah yang difailkan Ismail Sabri terhadap Lokman mungkin akan diselesaikan tanpa perbicaraan.