PRU14: Ini perbandingan manifesto dari aspek keusahawanan
Astro AWANI telah menyediakan ringkasan perbandingan manifesto dari aspek keusahawanan oleh Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera.
Astro Awani
Tue Apr 24 2018
Layari www.malaysiamemilih.com untuk maklumat komprehensif sempena PRU14. - Gambar fail
TARIKH 9 MEI iaitu pada hari Rabu telah ditetapkan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala tarikh penamaan calon pada hari Sabtu, 28 April.
Menjelang PRU14, parti politik di Malaysia telah membentangkan manifesto perjuangan untuk merebut kepercayaan rakyat dalam mengemudi negara sepanjang tempoh lima tahun ini.
Astro AWANI telah menyediakan ringkasan perbandingan manifesto dari aspek keusahawanan oleh Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera.