Semua anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) digesa supaya terus memperkukuhkan semangat kebersamaan selain ikhlas dalam perjuangan untuk memastikan parti terus kuat dan berjaya mengharungi arus pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka kini tidak lagi boleh bersikap leka atau syok sendiri, kerana dunia politik bersifat dinamik, tidak statik, dan sentiasa mengalami 'jatuh bangun'.
"Kalau kita amalkan semangat kebersamaan, kita boleh jadi satu negara yang lebih kuat dan berjaya. Jika singkap sejarah negara, kita boleh gunakan pengalaman dan beberapa detik peristiwa di mana kebersamaan antara kita telah membuahkan keberhasilan yang agak luar daripada jangkaan.
"Ia termasuk semasa kita menuntut kemerdekaan, dengan semangat kebersamaan antara pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan, kita telah berjaya mendapat kemerdekaan dengan cara lebih mudah daripada kebanyakan negara lain.
"Malah semasa PRU pertama 1955, hasil semangat kebersamaan, Parti Perikatan ketika itu telah meraih kemenangan cemerlang dengan membolot hampir semua kerusi," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun.
Menurut Najib, anggota parti juga perlu menjadikan PRU ke-10 di Pekan sebagai pengajaran, apabila UMNO dan BN ketika itu hampir tersungkur kerana meninggalkan prinsip kebersamaan ditambah dengan faktor luaran ketika itu.
"Barangkali sebahagian besar daripada kita masih segar dalam ingatan mimpi ngeri PRU 1999 apabila kita nyaris rebah, walaupun banyak faktor luaran yang mempengaruhi keputusan, namun tidak kurang pentingnya faktor dalaman yang menyumbang kepada keputusan yang saya sebut sebagai mimpi ngeri itu.
"Hari ini saya nak mengingatkan kepada diri sendiri bahawa ini mesti dijadikan sebagai sempadan supaya ia tidak berulang dan sejak PRU itu kita bangkit kembali dengan semangat baru menjadikan keputusan yang diperoleh selepas itu semakin baik," katanya.
Untuk rekod pada PRU ke-10, Najib yang bertanding di Parlimen Pekan hanya menang tipis dengan memperoleh majoriti 241 undi ketika menentang calon PAS Ramli Mohamed.
Najib yang juga Presiden UMNO turut mengingatkan anggota parti agar tidak mengkhianati parti kerana ia merupakan 'produk' terbaik setakat ini yang mampu membela agama Islam dan orang Melayu di negara ini.
"Kalau kita kita ada sesuatu yang baik, kita jagalah...janganlah buat kerenah. Saya tidak ada niat lain melainkan mahu menjadikan UMNO dan BN terus berjaya di Pekan dan di tempat lain.
"Kita adalah harapan untuk masa depan negara... jadi kita kena lipat gandakan semangat kebersamaan, perkukuhkan kesetiaan sepanjang hayat kepada perjuangan parti.
"Kalau tidak suka saya, lawanlah saya dalam parti, saya pun ada bala tentera saya, boleh lawan tengok siapa yang akan menang, tetapi jangan sesekali khianati UMNO kerana inilah parti keramat orang Melayu, berbeza pendapat boleh tetapi ada kaedahnya.
"Kita berhimpun ini atas semangat kebersamaan, boleh tegur sesama kita dan boleh beri pandangan, saya sedia terima teguran. Jika ada tidak betul kita betulkan, ini tujuan kita bersidang, untuk tambah baik," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada perwakilan.
Dalam majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan 500 ekor lembu korban termasuk 20 sumbangan peribadinya kepada surau dan masjid di seluruh Parlimen Pekan sempena Hari Raya Aidiladha.
Bernama
Sat Sep 03 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) memeriksa barisan ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan 2016 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, hari ini. - Foto Bernama
PKR selar kenyataan Rafidah berkaitan usaha kerajaan bantu rakyat Palestin
Amidi berkata, dalam edisi terbaharu perang Hamas-Israel, rejim Zionis serang semua kemudahan awam termasuk masjid, sekolah dan hospital.
Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik
Mohamad Syakirul Faqeh dipercayai meninggal dunia kerana lemas selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit.
Tiada mangsa dijangka selamat dalam nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Kejadian melibatkan sebuah pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas, dengan sebuah helikopter tentera Black Hawk.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp merekodkan jualan sebanyak 10.82 juta unit pada 2024, susut 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.