Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersedia untuk menghadapi Penasihat DAP, Lim Kit Siang jika benar Ahli Parlimen Gelang Patah itu berhajat untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Liow berkata sebagai seorang wakil rakyat yang telah melakukan tugas dengan cemerlang di kawasan itu sejak 1999, beliau yakin sokongan pengundi di kawasan itu tidak akan goyah daripada terus menyokongnya.
"Lim Kit Siang sebagaimana yang kita tahu dia memang gemar melompat dari satu tempat ke satu tempat lain... dulu di Pulau Pinang, kemudian ke Gelang Patah (Johor), semuanya tidak bertahan lama sebab dia tidak memberikan perkhidmatan dengan baik.
"...sebab itu kita tak peduli mana dia nak pergi, dia nak datang (bertanding)) di sini pun tidak mengapa. Kita sedia hadapi sesiapa jua yang datang ke Bentong kerana kita mempunyai rekod pencapaian yang baik.
"Bagi penduduk di sini mereka tahu siapa wakil rakyat yang beri perkhidmatan dan kerja keras untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sambutan Tahun Baharu Cina Rumah Pangsa Batu 1, Jalan Tras, di sini hari ini.
Bernama
Mon Feb 19 2018
Beliau yakin sokongan pengundi di kawasan itu tidak akan goyah daripada terus menyokongnya. - Foto fail
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei tempah pusingan 16
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan gandingan Perancis, Julien Maio-Lea Palermo, 21-19 21-17.
WEF 2025: Realiti peralihan tenaga ada cabaran unik Asia
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Aziz menekankan kerumitan dalam melaksanakan peralihan tenaga sambil mengimbangi realiti ekonomi, khususnya di Asia. Beliau menegaskan bahawa walaupun usaha global ke arah tenaga boleh diperbaharui adalah penting, laluan peralihan tenaga di Asia memerlukan pendekatan yang lebih berhati-hati, mengambil kira cabaran unik di rantau ini.
KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.
'Doktor' Ayurveda bergelar 'Datuk Seri' disiasat
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang 'doktor' ayurveda palsu bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa menawarkan rawatan tradisional tanpa lesen sah di Puchong, Selangor.
Dr Dzulkefly junjung agenda banteras buli
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad beliau sedar dan insaf tentang tekanan kerja yang dialami mendiang Dr Tay, biarpun ia sememangnya memenuhi huraian kerja mendiang.
Tegasnya lagi, beliau akan tetap berpegang kepada agenda membanteras sebarang kejadian membuli di fasiliti kesihatan awam sekiranya benar-benar terjadi.
Tegasnya lagi, beliau akan tetap berpegang kepada agenda membanteras sebarang kejadian membuli di fasiliti kesihatan awam sekiranya benar-benar terjadi.
Kematian Dr Tay tiada insiden buli
Tiada sebarang insiden buli yang berlaku di Hospital Lahad Datu, hingga menyebabkan kematian pakar patologi Hospital Lahad Datu, Dr Tay Yien Yaa, seperti yang didakwa oleh ahli keluarganya.//
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Lahad Datu, Tan Sri Borhan Dolah berkata hasil siasatan yang dilakukan pasukan tersebut mendapati mendiang telah mengalami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Lahad Datu, Tan Sri Borhan Dolah berkata hasil siasatan yang dilakukan pasukan tersebut mendapati mendiang telah mengalami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
100 karya seni perjalanan politik Kit Siang dipamerkan di galeri
Melakar perjalanan veteran politik Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang selama 55 tahun dalam bidang politik menerusi 100 karya seni.
PRU14: Liow tidak gentar hadapi Kit Siang di Bentong
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersedia untuk menghadapi Penasihat DAP, Lim Kit Siang jika benar Anggota Parlimen Gelang Patah itu berhajat untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong pada Pi
MH370: Mulakan satu inkuiri parlimen antarabangsa- DAP
Kerajaan Malaysia diminta memulakan 'inkuiri yang melibatkan parlimen antarabangsa ke atas kes Penerbangan Malaysia pesawat MH370.