Barisan Nasional (BN) Kedah menafikan ada mengeluarkan senarai muktamad calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata senarai tersebut adalah palsu kerana sehingga kini belum ada senarai akhir calon atau cadangan daripada parti UMNO negeri berhubung nama yang hendak dicalonkan.
"Saya juga masih belum berjumpa dengan Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (berhubung senarai calon). Jadi senarai calon yang tular di laman sosial itu adalah tidak benar," katanya sebagai mengulas penyebaran kononnya senarai akhir calon BN Kedah pada PRU14.
Ahmad Bashah, yang juga Menteri Besar, percaya tindakan pihak yang menularkan senarai itu mempunyai niat tertentu untuk melaga-lagakan calon dengan wakil rakyat yang sedia ada kerana ada antara wakil rakyat tiada dalam senarai itu.
"Senarai calon masih sedang dianalisa, kita mahu lihat calon mana yang boleh menang dan yang dikehendaki oleh pengundi di setiap kawasan. Buat masa ini, kita sedang fokus mempersiapkan jentera jentera parti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Barakah di Taman Wira Mergong, di sini, pada Khamis.
Katanya, kalau senarai calon sudah dimuktamadkan, beliau sendiri akan mengumumkannya sambil meminta rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan tipu helah pihak tertentu yang menyebarkan senarai calon tersebut.
"Sekarang zaman moden, macam-macam orang boleh buat termasuk tukar kepala surat jadikan ia dari pejabat Menteri Besar mahupun pejabat Perdana Menteri. Jadi jangan mudah percaya," katanya.
Senarai calon yang tular di laman sosial itu memaparkan nama 15 calon Parlimen dan 36 calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2018
Ahmad Bashah berkata, kalau senarai calon sudah dimuktamadkan, beliau sendiri akan mengumumkannya sambil meminta rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan tipu helah pihak tertentu yang menyebarkan senarai calon tersebut. - Gambar fail
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.