Keputusan meletakkan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menjadi calon untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak adalah hasil rundingan kerusi di antara UMNO dan MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.
Menurut sumber dalam Barisan Nasional, desas-desus Ketua Wanita UMNO itu akan bertanding di Bandar Tun Razak disahkannya dan dilihat antara kerusi yang boleh dimenangi Barisan Nasional (BN).
"Kak Jat (Shahrizat) akan bertanding di Bandar Tun Razak, keputusan itu akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sedikit waktu lagi.
"Sementara di Wangsa Maju pula, MCA akan terus bertanding di sana dan MCA tidak akan 'kacau' di Bandar Tun Razak.
"Kita harap pengundi terus memberi kepercayaan kepada calon-calon yang akan diturunkan kali ini, ia menjadi taruhan BN yang terbaik," kata sumber itu lagi semasa ditemui di sini hari ini.
BACA: Akur keputusan pucuk pimpinan dalam isu calon - Syed Ali
BACA: Kecewa MCA dapat kerusi Parlimen Wangsa Maju, UMNO turunkan bendera parti
Shahrizat sebelum ini dilaporkan masih belum menerima arahan daripada kepemimpinan tertinggi BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.
Shahrizat turut melahirkan rasa terkejut dengan khabar angin yang bertiup, menyatakannya bakal calon kawasan itu yang secara tradisinya ditandingi oleh wakil daripada MCA.
Dalam pada itu kata sumber berkenaan, antara kerusi di Wilayah Persekutuan yang masih menjadi 'rebutan' dan belum diketahui calon akhir adalah Setiawangsa.
Jelasnya, keputusan untuk meletakkan penyandang Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari atau wakil rakyat terdahulu, Tan Sri Zulhasnan Rafique akan diputuskan dalam masa terdekat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), wakil MCA kalah kerusi Bandar Tun Razak kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dengan majoriti 11,832 undi.
Abdul Khalid, 72 tahun, menjadi Ahli Parlimen bebas selepas keluar dari PKR dan difahamkan, enggan bertanding mempertahankan kedudukannya di situ pada PRU-14.
Bagaimanapun di Wangsa Maju, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju, Wan Muhammad Azri Wan Deris memberitahu, mereka membekukan semua aktiviti ke satu tarikh yang belum ditentukan kerana kecewa bila mendapat khabar kerusi Parlimen Wangsa Maju diserahkan kepada MCA.
Dakwa Wan Muhammad Azri, jentera UMNO bahagian tersebut telah bertungkus lumus sejak PRU13.
Pada PRU13, calon BN yang diwakili UMNO Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr. Tan Kee Kwong dengan majoriti 5,511 undi.
Sebelum ini, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pemilihan calon-calon untuk bertanding pada PRU14 di peringkat Parlimen dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor yang boleh menyumbangkan kemenangan kepada BN.
Tegasnya, komponen BN termasuk UMNO perlu akur dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan dan sewajarnya bekerja keras untuk meraih kemenangan.
Wan Syamsul Amly
Sat Apr 14 2018
Desas-desus Ketua Wanita UMNO itu akan bertanding di Bandar Tun Razak disahkan sumber dan dilihat antara kerusi yang boleh dimenangi Barisan Nasional BN). - Gambar ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRU14: Shahrizat ambil Bandar Tun Razak, MCA ambil Wangsa Maju?
Keputusan meletakkan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menjadi calon untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak adalah hasil rundingan kerusi di antara UMNO dan MCA pada PRU-14.
Wanita UMNO tidak 'goyang' dengan sebarang cabaran - Kak Jat
Wanita UMNO tidak pernah terkesan dengan sebarang cabaran walaupun melibatkan beberapa kepimpinan tertinggi yang keluar dari parti itu sendiri.