KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.
Menjelang pengumuman tersebut, penganalisis politik, Prof Ahmad Martadha Mohamed menjangkakan tarikh paling ideal untuk dilaksanakan hari pengundian adalah pada 19 November ini.
Jangka masa tersebut, jelas Ketua Kluster, Tadbir Urus dan Integriti, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu wajar kerana SPR perlu memberikan tempoh masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk semua parti politik membuat persedian termasuk berkempen.
"Tarikh 19 November itu saya jangkakan satu tarikh yang paling sesuai kerana saya jangkakan penamaan calon akan berlaku pada awal November dan 14 hari itu diberikan untuk parti mengadakan kempen.
"Jadi sudah tentu tarikh yang saya lihat paling sesuai memandangkan pengumuman akan dibuat esok, dan tempoh-tempoh yang akan diberikan. Maka, 19 November itu bagi saya satu tarikh yang saya rasa ideal untuk SPR mengumumkan tarikh pilihan raya," katanya kepada Astro AWANI dalam segmen Menjelang Malaysia Memilih.
Mengulas lanjut, Ahmad Martadha berkata, faktor penentuan hari pengundian yang jatuh pada hujung minggu khususnya Sabtu penting dalam mempengaruhi peratusan keluar mengundi.
Bagaimanapun, beliau berpandangan, SPR perlu mengambil kira dua faktor penting iaitu kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi musim tengkujuh dan persiapan parti-parti dalam mengatur gerak kerja menjelang PRU15.
"Bagi saya sudah tentu bulan 12 (Disember) bukan bulan yang sangat sesuai untuk diadakan pilihan raya umum kerana kita tahun bulan 12 adalah musim tengkujuh dan negeri Pantai Timur dan sebahagian negeri Pantai Barat (akan menghadapi banjir).
"Sudah tentu saya lihat walaupun pengumuman akan dibuat esok, dan pengumuman penamanaan dan hari pengundian juga akan ditentukan tetapi bagi saya SPR akan mengambil kira tempoh dekat (notis pembubaran) yang telah diberikan dan membuat pengumuman dan pada masa yang sama memberi peluang dan ruang kepada parti politik untuk melaksanakan gerak kerja mereka," tambahnya lagi.
SPR akan mengadakan mesyuarat khas esok (20 Oktober) bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi PRU15.
#SUARAMALAYSIA: Jangkaan anda bilakah hari pengundian PRU15?
Mesyuarat khas itu juga akan membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah dan tiga negeri yang membubarkan DUN iaitu Pahang, Perlis dan Perak.
Hasimi Muhamad
Wed Oct 19 2022
![PRU15: 19 November tarikh ideal untuk hari pengundian - Penganalisis PRU15: 19 November tarikh ideal untuk hari pengundian - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665460414_Mengundi.jpg)
Menjelang kepada pengumuman esok, penganalisis politik, Prof Ahmad Martadha Mohamed menjangkakan tarikh paling ideal untuk dilaksanakan hari pengundian adalah pada 19 November ini. - Gambar fail BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![SPR jadi tumpuan esok, umum tarikh penting PRU15 SPR jadi tumpuan esok, umum tarikh penting PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665540117_TBUNDI.jpg)
SPR jadi tumpuan esok, umum tarikh penting PRU15
Bila agak-agaknya tarikh PRU15?
![[KOLUMNIS] Pengundian ekspres atau kemungkinan ditangguh? [KOLUMNIS] Pengundian ekspres atau kemungkinan ditangguh?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647075760_petugasSuruhanjaya.jpg)
[KOLUMNIS] Pengundian ekspres atau kemungkinan ditangguh?
Kemungkinan besar pengundian akan berlangsung pada 5 atau 12 November.
![Kabinet ada bincang mengenai PRU15, tetapi lebih fokus hadapi banjir - Saravanan Kabinet ada bincang mengenai PRU15, tetapi lebih fokus hadapi banjir - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660657896_TBSARAVANAN.jpg)
"Kabinet ada bincang mengenai PRU15, tetapi lebih fokus hadapi banjir" - Saravanan
Tiada keputusan dibuat mengenai PRU15, perbincangan lebih kepada persediaan setiap kementerian dalam menghadapi musim tengkujuh.
![Perbincangan tarikh PRU15 dibawa ke Mesyuarat Kabinet, lebih awal dari pertemuan 'Top 5' UMNO - Ismail Sabri Perbincangan tarikh PRU15 dibawa ke Mesyuarat Kabinet, lebih awal dari pertemuan 'Top 5' UMNO - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663579494_IsmailSabriYaakob.jpg)
Perbincangan tarikh PRU15 dibawa ke Mesyuarat Kabinet, lebih awal dari pertemuan 'Top 5' UMNO - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan beliau akan membawa isu berkaitan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15, dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.
![PM jumpa 'Top 5' UMNO sebelum Bajet 2023 bincang tarikh PRU15 PM jumpa 'Top 5' UMNO sebelum Bajet 2023 bincang tarikh PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662473323_IsmailSabriYaakob.jpg)
PM jumpa 'Top 5' UMNO sebelum Bajet 2023 bincang tarikh PRU15
Selepas bincang dengan 'Top 5' UMNO, PM akan jumpa rakan parti komponen pula.
![UMNO belum tetapkan tarikh PRU15 - Annuar UMNO belum tetapkan tarikh PRU15 - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655202698_TBannuarmusa.jpg)
UMNO belum tetapkan tarikh PRU15 - Annuar
Gesaan supaya PRU15 diadakan segera hanyalah pandangan individu, kata Tan Sri Annuar Musa.