KOTA KINABALU: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Abdul Rahman bagaimanapun berkata, perkara itu bergantung kepada keputusan parti dan beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
"Sama ada saya bertanding atau tidak, bergantung kepada keputusan parti tetapi saya juga telah diberikan beberapa gambaran aspirasi kepimpinan parti untuk saya tawarkan diri menjadi calon Parlimen.
"Saya tidak keberatan untuk tawarkan diri, tetapi yang penting nama saya dalam senarai bersama-sama rakan-rakan lain untuk pastikan Barisan Nasional (BN) mendapat kedudukan yang terbaik dalam PRU nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Klinik Bergerak Hospital Universiti Malaysia (HUMS) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada akan membuat kemunculan semula pada PRU15.
Kenyataan Abdul Rahman itu sekali gus menggambarkan bahawa beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud akan bertanding dan menawan semula kerusi yang terpaksa ditinggalkannya pada PRU lalu.
"Saya tidak pernah tinggalkan Kota Belud, saya diarahkan oleh parti untuk bertanding di tempat lain walaupun keputusan itu saya bantah tetapi akhirnya keputusan itu tidak membuahkan hasil. Strategi tidak mengena, dipindahkan ke Parlimen Sepanggar tiga bulan sebelum PRU tidak begitu mengena.
"Saya ada banyak idea yang masih tergendala di Parlimen Kota Belud walaupun tidak menjadi ahli Parlimen di kawasan itu. Salah satu perkara saya janjikan dulu adalah penubuhan Politeknik Kota Belud. Selama lima tahun ini usaha itu terus berjalan dan akhirnya kerajaan telah meluluskan penubuhan politeknik itu," katanya.
Bagaimanapun, Ketua UMNO Bahagian Tuaran itu juga tidak menolak jika dicalonkan di Parlimen Tuaran berikutan jawatannya dalam parti bagi kawasan berkenaan.
"Tuaran kawasan saya sebagai ketua bahagian dan sudah tentu Tuaran satu kawasan dalam kepimpinan UMNO jadi keutamaan.
"Tetapi ini bukan keputusan saya, saya akan patuh dengan keputusan parti di mana sahaja saya dicalonkan," katanya.
Untuk rekod, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertanding pada PRU14 di Parlimen Sepanggar, namun tewas apabila Ketua Wira Parti Warisan (Warisan) ketika itu, Datuk Mohd Azis Jamman berjaya memenangi kerusi dengan majoriti 12,984 undi.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, usaha untuk menaikkan kouta satu pertiga kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak akan mengembalikan proses semak dan imbang politik serta pentadbiran negara.
Beliau berkata, keputusan kerajaan Pusat yang bersetuju meningkatkan lagi representasi wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak itu adalah bagi menghormati semangat pembentukan Malaysia.
"Seperti mana kita tahu dulu Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk membentuk Malaysia bersama dengan Tanah Melayu dengan satu syarat bahawa ahli-ahli parlimen dari Sabah, Sarawak dan Singapura mesti lebih kurang satu pertiga supaya Tanah Melayu tidak boleh mengubah perlembagaan Malaysia itu tanpa perlu konsultasi daripada Sabah, Sarawak dan Singapura.
"Apabila Singapura telah keluar dari Malaysia, jumlah ahli parlimen Sabah dan Sarawak itu tidak lagi sampai satu pertiga dan semalam keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah satu berita yang cukup baik untuk rakyat Sabah untuk kita kembalikan proses semak dan imbang, kesimbangan politik dan pentadbiran dalam negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai respons berhubung usaha untuk mengembalikan semula 35 peratus kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak yang dibincangkan dalam Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 10 2022

Abdul Rahman ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Klinik Bergerak Hospital Universiti Malaysia (HUMS) di UMS, Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.

Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.

PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.

Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.

PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.

'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.

Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.

PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.

PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).