ALOR SETAR: Pas diminta mendengar suara akar umbi yang sebahagian besar mahu lambang hijau bulan parti itu digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perwakilan Pas Kedah, Helmi Wahab berkata, memandangkan lambang itu digunakan oleh Pas sejak 70 tahun lalu dan dikenali di seluruh negara, ia wajar dipertimbangkan untuk digunakan pada PRU15.
Menurutnya, gesaan itu dibuat susulan ahli lebih yakin dengan lambang partinya sendiri berbanding lambang Perikatan Nasional (PN).
“Hari ini kita melihat Kedah tersergam indah dengan kehijauan, justeru saya mewakili perwakilan sarankan pada PRU15 nanti juga dikibarkan bendera hijau bagi berhadapan musuh-musuh Pas," katanya pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas Pusat di sini pada Sabtu.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri Pas Kedah berkata, perkara itu perlu dibawa kepada pucuk pimpinan parti.
“Pastikan kibaran bendera Pas dan pangkah hijau bulan,” katanya yang disahut dengan sokongan perwakilan yang hadir.
Helmi berkata, ia adalah hasrat Kedah dan bukan sekadar usul.
"Rayulah, ini bukan sekadar usul, kita pastikan lambang parti Pas sebagai lambang PRU15,” katanya.
Perwakilan dari Kelantan, Terengganu dan Selangor juga menyuarakan keinginan sama menggunakan lambang Pas pada PRU15 bagi memastikan misi menawan negeri pembangkang dapat direalisasikan.
Permintaan itu disuarakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Noor Najhan Mohamad Salleh ketika sesi perbahasan.
Pendekatan itu adalah salah satu cara untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak lagi menjadi kerajaan di Selangor pada pilihan raya akan datang.
“Dalam konteks Selangor ada dua pendekatan ingin saya cadangkan, pertama berunding dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) selain Perikatan Nasional (PN) untuk selesaikan pembahagian kerusi secara saskama demi bertanding satu lawan satu.
“Kedua, Pas Selangor mohon izin untuk bertanding menggunakan lambang Pas dalam PRU15,” katanya lagi.
Noor Najhan tegaskan, penggunaan logo Pas penting sekiranya parti itu serius mahu memainkan peranan sebagai pendamai agar dilihat tidak memihak tetapi mesra kepada semua pihak.
“Rakyat Selangor tidak akan menolak PH melainkan kita amalkan politik penyatuan ummah,” katanya.
BACA: PRU15: Pas setuju guna logo baharu PN - Abdul Hadi
Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mempertimbang semula penggunaan logo PN dalam PRU15 kerana menyedari terdapat suara tidak puas hati kalangan akar umbi parti itu.
Manakala Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, satu mesyuarat akan diadakan minggu depan berkaitan penggunaan logo Pas melibatkan negeri di bawah pimpinannya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 03 2022
Sebahagian perwakilan menyertai Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-68 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, di Alor Setar, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.
Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, kajian ini bertujuan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta mencadangkan langkah mitigasi yang perlu diambil dengan kadar segera.
Semua pihak perlu bekerjasama tangani banjir - Jeffrey
Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata beberapa pendekatan perlu dilaksanakan antaranya penyelenggaraan parit-parit di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 170.5 km yang dijalankan secara berkala dengan skop utama pembersihan kelodak dan tumbuh-tumbuhan di dalam parit.
Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu.
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
JPBD Sibu fokus usaha hantar bantuan makanan di Sibu
AWANI Borneo menyertai operasi khas penghantaran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di luar bandar Sibu, yang diketuai Pejabat Kebajikan Masyarakat Sibu
JBPM terima lebih 900 panggilan kecemasan di Sabah, Sarawak
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata panggilan yang paling tinggi diterima di Sarawak dengan 550 panggilan
Bekas Presiden Peka gagal rayuan ketepi tuduhan duduki tanah kerajaan tanpa kebenaran
Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas Presiden Peka Shariffa Sabrina Syed Akil untuk mengetepikan tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran.
Pantau Agenda Reformasi: Kualiti ahli Parlimen berbahas
Sejauh mana ahli parlimen perlu menjunjung kasih titak YDPA supaya memastikan Dewan Rakyat adalah medan untuk semak dan imbang sekali gus memberi manfaat kepada rakyat?
Banjir Sarawak: Mangsa banjir di PPS mula menurunAK
Laporan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir MTL Negeri Sarawak pada jam 4 petang Selasa memaklumkan jumlah mangsa turun kepada kepada 6,259 orang berbanding 9,191orang pada sebelah tengahari.
PRU15: Akar umbi Pas mahu lambang hijau digunakan
Memandangkan lambang itu digunakan Pas sejak 70 tahun lalu dan dikenali di seluruh negara, ia wajar dipertimbangkan.