BATU KAWAN: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyanggah kenyataan Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa beliau akan bertanding di Parlimen Ampang dan melepaskan kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) akan datang.
Anwar berkata, beliau tidak pernah membuat sebarang pengumuman untuk bertanding di Ampang dan menganggap kenyataan itu sengaja dibuat untuk mempertahankan penyandang kerusi tersebut, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tidak timbul sebarang isu sekiranya beliau bertanding di kawasan bukan majoriti Melayu atau sebaliknya kerana parti itu terdiri daripada berbilang kaum.
Anwar dalam pada itu menempelak Mohd Rashid yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang dipindahkan untuk bertanding di Parlimen Batu Pahat pada PRU14 yang lalu kerana prestasinya yang tidak memuaskan.
"Jadi saya nak bertanding kerusi (majoriti kaum) Cina? Rashid Hasnon ini siapa? Bekas PKR? Sebab apa kita hantar dia ke Batu Pahat? Sebab prestasi dia di Pulau Pinang dulu kurang memuaskan.
“Jadi saya tak umum pun (bertanding di Ampang), dia kata saya hendak bertanding di Ampang. Siapa beritahu? Dia ( Rashid) kalau hendak pertahankan Zuraida, ini bukan caranya, Zuraida Melayu kan, dia bertanding di mana? Ampang kan.
"Jadi ini bukan isu, saya memimpin parti majoriti Melayu tetapi pelbagai kaum. Saya tidak pernah uar-uarkan seperti mana Bersatu ataupun UMNO yang merupakan parti Melayu dan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir menyampaikan amanat pada Himpunan Wanita Keadilan di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang pada Ahad.
Media semalam melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang kerana takut menghadapi pengundi Melayu di Port Dickson pada PRU15 nanti.
Mohd Rashid yang juga Exco PN Johor berkata, pengundi Melayu sudah dapat menilai kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memimpin negara selama 22 bulan sebelum ini.
Ahli Parlimen Batu Pahat itu dilaporkan berkata, PH juga menyedari hanya pengundi Cina yang akan mengundi gabungan itu pada PRU nanti.
Mohd Rashid turut mempersoalkan Ketua Pembangkang itu yang dikatakan memilih bertanding di Parlimen Ampang iaitu di kawasan campuran yang hanya mempunyai 51 peratus pengundi Melayu dan 32 peratus pengundi Cina.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Sep 25 2022
Anwar bercakap pada sidang media selepas hadir menyampaikan amanat pada Himpunan Wanita Keadilan di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang pada Ahad. - Foto Astro AWANI
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.
Lawatan kerja PM: Malaysia-UAE meterai perjanjian perdagangan bebas
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA).
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
Lawatan kerja ke UK: PM bakal adakan pertemuan dengan Keir Starmer
Anwar dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri UK, Keir Starmer di No. 10, Downing Street pada 15 Januari.