IPOH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Datuk Jamaluddin Mohd Radzi mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tanjung Malim pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Bekas ahli PKR itu berkata, keputusan kembali ke dunia politik selepas kira-kira sembilan tahun bergerak tanpa menyertai parti politik, kerana ingin menyambung khidmat kepada rakyat.
Jelasnya, keputusan yang dibuat bukan secara terburu-buru atau didalangi mana-mana pihak, tetapi atas kehendak rakyat dan rakan seperjuangan yang masih setia bersamanya selama ini.
"Setiap kali saya bertemu orang ramai di tempat awam, kebanyakan mereka meminta saya kembali dalam politik dan bertanding pilihan raya, membuatkan saya terpanggil untuk kembali dalam dunia politik.
"Apabila rakyat sukakan kita, adalah rugi jika tidak mengambil peluang ini dalam keadaan tiada parti yang mempunyai dua pertiga untuk memerintah negara," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.
Jamaluddin pernah menjadi Exco Perak selepas Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Pas menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Perak pada PRU12.
Bagaimanapun, kerajaan PR Perak yang tertubuh ekoran tsunami politik itu hanya mampu bertahan selama 11 bulan apabila empat ADUN keluar daripada Pakatan.
Mereka termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang kembali menyertai UMNO selepas keluar untuk menyertai PKR.
Tiga yang lain pula bertindak keluar parti masing-masing untuk menjadi wakil rakyat bebas tetapi menyokong BN.
Mereka ialah Jamaluddin sendiri, Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).
Jamaluddin berkata, berdasarkan situasi semasa, beliau melihat persefahaman parti lain yang bakal bertanding pada PRU15 juga tidak mempunyai kekuatan.
Katanya, sekali gus membuka ruang untuk beliau kembali bertanding pada PRU.
Tambahan pula, beliau berpendapat, pada PRU15, pengundi akan melihat kepada calon yang boleh memberi khidmat, bukan parti yang diwakili.
Beliau mendakwa masih mempunyai kekuatan dan sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang kerana antara ketiga-tiga DUN di Parlimen itu, DUN Behrang mempunyai pengundi yang ramai.
Menurutnya, sebagai persiapan awal, beliau telah membuka pusat khidmat di Taman Slim Mutiara, sejak Jun lalu.
Mengenai kemungkinan lawan akan menggunakan isu beliau melompat parti menyebabkan kerajaan PR tumbang pada 2009, Jamaluddin berkata, beliau akan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 04 2022

Datuk Jamaluddin Mohd Radzi berkata keputusan yang dibuat bukan secara terburu-buru atau didalangi mana-mana pihak, tetapi atas kehendak rakyat dan rakan seperjuangan. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).