KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan menyifatkan dakwaan sesetengah pihak kononnya sambutan perayaan Deepavali pada 24 Okt ini, akan terganggu kerana ia disambut menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai 'sandiwara politik' pembangkang.
Katanya dakwaan cuma berniat memainkan sentimen masyarakat India, kerana terdapat masa yang mencukupi untuk menyambut perayaan itu memandangkan mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pengurusan pilihan raya, cuma akan diadakan pada 20 Okt ini.
"Kalau 20 Okt ini baru SPR bermesyuarat, kita boleh bayangkan, kemungkinan besar kita ada dua minggu atau seminggu lebih untuk pencalonan. Lepas itu, ada lagi dua minggu untuk pilihan raya. Jadi tidak ada dalam musim Deepavali.
"Mungkin (PRU15 diadakan) seminggu ke tiga minggu selepas Deepavali, jadi tidak perlu ungkitkan isu ini. Sekurang-kurangnya kita ada dua ke tiga minggu 'buffer'", katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Program Penyelia Penginapan dan Kemudahan Pekerja (PPKP) di sini, hari ini.
Terdahulu, pada minggu lepas media tempatan melaporkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata pembubaran Parlimen pada Oktober bagi memberi laluan kepada PRU15, merupakan satu tindakan yang tidak menghormati komuniti India yang meraikan sambutan perayaan Deepavali.
Dalam pada itu, Saravanan berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk mempertimbangkan pemberian cuti ganti kepada guru masyarakat India di sekolah-sekolah Tamil pada musim Deepavali.
"Saya telah meminta dan merayu kepada Perdana Menteri supaya mengambil kira rayuan daripada guru-guru masyarakat India, yang memohon supaya diberi sama ada cuti peristiwa ataupun cuti gantian satu hari tambahan," katanya.
Mengenai isu pekerja asing yang dibangkitkan pihak pembangkang, Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata isu berkenaan telah selesai dan tidak perlu dijadikan modal politik.
"Pekerja asing yang ada dalam negara kita sehingga hari ini melalui pelbagai program adalah lebih kurang 1.1 juta. Dalam masa tiga bulan sejak kita meteraikan perjanjian dengan Bangladesh dan Indonesia, pada Julai, Ogos dan September kita ada 159,000 yang telah masuk dalam negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Saravanan berkata dakwaan itu cuma berniat memainkan sentimen masyarakat India. - Gambar fail
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).